Saturday, March 29, 2008
Euphonious'08 ROX!
yep2..semalam berlangsungnye finale Euphonious'08.pandangan peribadi saya tentang Eupho kali ini,same seperti tajuk entry...Euphonious'08 ROX!!!!

kenapa saya mempunyai pandangan sebegitu rupa...sila baca perenggan seterusnya~

walaupun Euphonious telah dianjurkan selama 3 kali di UTP,saya hanya berkesempatan menghadiri Eupho'08 sahaja.Eupho'07 saya tak join atas alasan tertentu.Eupho'06 pulak saya tak tau pon tentang kewujudan event Eupho ni...huhuhu.jadi saya menghadiri Eupho'08 untuk kali pertama dan jugak terakhir sebagai student UTP.if tahun depan saya tengok Eupho,besar kemungkinan time saya tak bergelar student UTP lagi..bila tak jadi student,rasa cam tak best sebab band2 yang perform time Eupho,sumenye still student lagi.maka akan berlakunya kekeliruan nak sokong band mana..semalam pon nyaris terkeliru saya dibuatnya sebab batch saya takdak yang join Eupho'08.tapi saya sokong band yang perform paling menarik la..=]

selain daripada kehadiran pertama saya di Euphonious,lagi satu sebab saya berpendapat Eupho'08 ROX adalah kerana kesudian Tuan Rektor UTP untuk menyampaikan sebuah lagu sebelum keputusan Eupho'08 diberitahu kepada umum.Saya rasa Tuan Rektor UTP sangat sempoi bila beliau berani ke pentas dan mendendangkan lagu pilihan beliau dengan iringan anggota-anggota band yang bertanding malam semalam.hehehe..boleh tahan gak Tuan Rektor UTP menyanyi..hehehehe...

semalam jugak saya berasa sungguh puas hati bila dapat tengok band-band perform on stage.rasanya saya ni suka tengok live band performance.tu pasal saya berminat dengan concert2.time tengok Eupho, terbayang dalam kepala otak time saya tengok Voices charity concert kat MMU Cyberjaya.saya teringat time Hujan,OAG,MUH perform.sungguh best!!

pasal keputusan Eupho'08 pulak..seperti yang saya jangkakan band The Capoiz sekali lagi menjadi juara Eupho tahun ni.saya sangat suka time Capoiz perform sebab diaorang first band yang perform.sungguh bertenaga,susunan muzik yang teratur,suara vocalist yang tak sumbang dan sangat jelas suara beliau,guitarists yang goreng sakan gitar dia,drummer yang menyebabkan heart beat saya dub dab dub dab,bassist yang cool sentiasa,keyboardist yang ayu ala-ala Yuna.i love The Capoiz!!!i support ORANGE!!!bagi saya,diaorang perform macam band yang well-established.tak nampak berserabut langsung...(",)

1st runner up was band Retro something..tak sure name band tu.tapi color untuk band tu ialah color HIJAU.diaorang pon perform best jugak sebab diaorang gabung banyak element dalam muzik diaorang.plus,drummer dia dengan another member yang maen percussion sungguh stylo.diaorang perform dengan penuh bergaya.saya suka bila diaorang perform lagu lama, 'i was born to love you' by Queen, if i'm not mistaken la.rasa macam ade kat zaman dolu-dolu pulak...huhuhu.

2nd runner was The Raptors.band ni kebanyakan ahli diaorang adalah international students.salah seorang yang saya kenal ialah Assad, drummer for this band.satu perkara yang sangat istimewa pasal band ni ialah diaorang mampu menyampaikan lagu 'Kenangan Terindah' dengan baek walaupon vocalist diaorang adalah seorang international student dari Egypt.memang enjoy aa bile tengok vocalist dia nyanyi lagu tuh.The Raptors banyak supporters dari international students jugak.dalam band The Raptors ade jugak local students,tak silap saya 2 orang kot.Band ni diwakili dengan color PURPLE.

Band Yasha won the fourth place.yasha was represented with RED color.bile tengok supporters diaorang,rasa macam supporters MU pulak.huhuhuhu.for me,keyboardist band Yasha memang sempoi.macam-macam bunyi dia bole buat.vocalists diaorang ade 2 orang, sorang perempuan,sorang lelaki.bole nampak chemistry between the vocalists.sorang vocalist ni asalnya orang terengganu,tapi dia bole nyanyi lagu 'Biso Bonar' by Hattan dengan baek macam dia memang orang nogori je.miahahaha~

Band Band Jamen won the fifth place.something unique about this band was that they have one member who played caklempong.tapi sayangnye time perform bunyi caklempong tu tak berape dengar sangat.but their drummer was the best drummber for Eupho'08.aiyok,tengok dia maen drum membuatkan saya nak belajar maen drum.siyes best gile tengok dia maen drum.penuh dengan gaya seorang drummer yang profesional.Band Jamen diwakili dengan color kuning.terasa macam supporters diaorang macam supporters untuk pasukan bola sepak Perak le pulak.sume kuning jek...huhhuhu~

guest artists for Eupho'08 were Imran Ajmain,the Singaporean singer who is popular with a song titled 'Seribu Tahun'.His performance was quite entertaining.The second guest artist was Farah Asyikin, contestant from previous Malaysian Idol.boleh tahan jugak die perform.cume kadang-kadang nampak macam dia nervous.saya suka lagu dia, 'Seribu Penipuan'.lirik dia cam simple jek,straight forward semata.The last guest artist was a band called SilenceScream,if tak silap la spelling dia.saya tak berapa sure pasal band ni,tapi saya suka dengar lagu melayu yang diaorang nyanyi.ngehehehehe...~

oleh itu,secara kesimpulannya,saya enjoy tengok Eupho'08.terima kasih kepada Tuan Rektor sebab memberikan peluang kepada student2 UTP untuk menunjukkan bakat-bakat terpendam dalam bidang seni walaupun kami di sini bukan belajar pasal seni,sebaliknya pasal kejuruteraan dan juga teknologi.tapi bak kata Tun Mahathir dalam ucapan beliau yang dipetik dari montage untuk FESCO,kadang-kadang pelajar bukan akan bekerja dalam bidang yang diaorang belajar di UTP,ada kemungkinan diaorang akan terlibat dalam bidang yang diaorang minat,iaitu bidang seni.who knows rite....(",)
 
posted by HidayahSham at 5:27 PM | Permalink | 3 comments
Friday, March 28, 2008
aiyok..FYP!!! + hoyeah..Euphonious'08!!
huaa..saya sungguh malas nak buat FYP report!!!

FYP 1 banyak sangat documentation kene buat..antaranya ialah proposal,preliminary report,progress report,interim report...bla bla bla.saya paling malas nak buat documentation sebab nak kene mengarang bagai nak buat satu novel.da le saya tak suke mengarang ni.haish..bosan2~

tapi apakan daya...ni la beban untuk final year student macam saya.rasa tak sabar je nak grad,sebab taknak buat report dan juga FYP 2 yang lagi mencabar minda.tapi kalo tak lepas buat FYP,sah2 la saya tak buleh grad.jadi,nak tak nak kene jugak la mengadap FYP ni sampai hujung tahun,insyaAllah.

beberapa hari yang lepas,saya saje sembang dengan member2 satu course.kami berura-ura macam mau extend sahaja untuk FYP 2 sebab rasa tak mampu nak memberi tumpuan kepada FYP 2 dan jugak subjek2 laen yang kami amik untuk next semester.kami pon berpikir untuk extend satu semester just for FYP 2.maknanya satu semester kami habiskan untuk siapkan FYP 2 semata-mata.FYP 2 lagi menyakitkan kami sebab nak kene implement segala benda yang kami dah mention dalam report2 kami.tu yang kami tergerak hati nak extend.tapi tak confirm lagi la nak betul2 extend ke tak..tengok pada keadaan semasa gak.if rasa boleh handle FYP 2 next semester,redah je la kot.

huaa..hari ni time kelas IB,saya betul2 mengantuk tahap gila baban.mata saya yang separuh terbukak tu time dengar lecture.bile time ade debate pasal Proton,saya hanya mampu mendengar tanpa mengambil kesempatan untuk mempertahankan pendapat saya yang Proton sepatutnya membuat perikatan strategik ataupun dalam bahasa omputihnye strategic alliance dengan syarikat dari luar negara.saya sungguh tidak bermaya time debate.nasib la debate tu kejap je.kalo lame,mau saya lena je dekat kelas.

malam ni,UTP akan mengadakan finale Euphonious'08 (Eupho).Eupho adalah satu event yang jugak dikenali sebagai battle of the band.band2 dalam UTP akan compete di preliminary Eupho untuk masuk finale Eupho.saya tak pegi preliminary Eupho last week sebab saya balik rumah...huhuhu.tapi malam ni saya sudah tentu akan meluangkan masa untuk pegi ke finale Eupho sebab last year saya tak berkesempatan untuk pegi finale Eupho'07.cuma, yang tak berape bestnye Eupho kali ni sebab takdak band pun dari batch saya yang join,sumenya pegi internship.so malam ni taktau nak support band mana.tengok la mana yang perform best,band tu la yang saya sokong...=P

ye yeah..saya sudah ade 3 tabung binatang.saya siap letak nama untuk tabung2 binatang saya.satu ketul tabung namanye Cing,sebab dia adalah seketul tabung berbentuk kucing.tabung yang kedua namanye Oyen,sebab dia tabung bear yang berwarna oren.tabung yang last sekali namanye Ijo,sebab dia tabung katak kaler hijau.saya beli 3 ketul tabung sebab saya nak asingkan syiling 10 sen dalam Cing,20 sen dalam Oyen, 50 sen dalam Ijo.untuk syiling 5 sen dan duit kertas, saya letak dalam satu tabung laen.saya rasa satu kepuasan bila tengok tabung saya penuh (buat masa ni, baru suku penuh...huhuhuhu).insyaAllah,target saya adalah untuk memenuhkan ketiga tabung ni by the end of this year.hurm,agak2 boleh sampai RM1000 tak kalo tiga2 tabung saya tuh penuh eh...???

saya nak mengtransfer gambar dari digicam ke laptop sat.saya duk tangkap gamba sampai full memory card.huhuhu...(",)

(bila saya diam,bukan bermakna saya benci.cuma,saya tak pasti saya mampu biarkan hati saya dilukai lagi...saya perlukan masa untuk berfikir...)
 
posted by HidayahSham at 5:19 PM | Permalink | 2 comments
Wednesday, March 26, 2008
langit yang gelap..ha ha ha.
hurm..apekah yang terjadi pada blog saya.sungguh tidak menarik rasanya sekarang.saya duk berkira-kira nak tuka template.pening kepala...

sementara nak cari template yang baru,baek saya mencoret serba sedikit tentang hidup saya yang makin tidak keruan.Ahmoi chantek!!huahua,suka dengar lagu HUJAN sekarang sebab liriknya sungguh mudah untuk difahami..takdak maksud tersirat.semuanya terang,jelas lagi nyata.another indie band yang saya suka, DECMA & THE COULD HAVE BEEN.ade satu malay song dalam album diaorang, MAHLIGAI.bila dengar lagu ni,rasa hati tenang,terbuai dengan suara dan juga alunan irama yang perlahan.hilang kejap stress bila dengar lagu ni.saya juge terinfluence dengar lagu dari ESTRELLA.saza burn lagu2 dari band ni,pasang kat keta.setiap kali gi kelas,duk dengar lagu2 dorang.tu yang buat saya terinfluence.lagu diaorang pon slow2...menarik untuk didengar time hati tengah meluap-luap nak MARAH kat orang.sesuai untuk orang yang mudah marah macam saya...huahuahua~

lately,saya macam hilang arah tujuan hidup.mungkin disebabkan masalah datang bertimpa-timpa,otak tak dapat cari solution untuk masalah-masalah ni lalu menyebabkan saya lupa mana hala tuju hidup saya sebagai pelajar yang bakal grad hujung tahun ni,insyaAllah.but thanx to my senior,dia ingatkan saya macam mana nak cari hala tuju saya balik.arigato gozaimasu sensei!

huahua,baru tapau rocky strawberry stick dari saza.saya duk tengah menaip,tibe-tibe hidung saya mengesan aroma strawberry dari arah jam 9.lalu kepala saya menoleh 90 darjah ke kiri,kelihatan suspek berpakaian serba hitam sedang mengunyah something.tidak laen tidak bukan,saza yang sedang menikmati makanan yang saya tak confirm apekah jenis makanan tersebut.saya terus bertanye kepada rumet saya yang sorang ni...'ade bau strawberry eh...??'saza pon menunjuk rocky strawberry sticknya dan mengoffer kepada saya.saya mintak satu batang,die kasi dua..metachih saza..laen kali bole tapau lagikk..miahaha~

tengahari tadi,saya hampir-hampir untuk meluahkan segala kemarahan saya dekat seseorang.tapi selamat saya maseh mampu untuk mengawal perasaan marah saya.saya taknak menjadi punca masalah kepada orang lain.cukup la kot saya menyusahkan orang lain di sekeliling saya.selain itu,saya rasa ada satu kelainan terjadi pada diri saya,which is not good.saya mula untuk tidak memperdulikan orang @ orang-orang yang saya pernah care suatu masa dulu.saya macam,dah tak risau,tak concern sebab dalam hati saya,saya dapat rasa macam takda maknanya saya risau dan concern pasal orang @ orang-orang ni.terasa macam tak dihargai langsung kerisauan dan jugak sifat concern saya ni.tapi,bila saya rasa macam tu,adakah saya sudah tiada perasaan sayang..mungkinkah saya sudah cukup terluka sampai menyebabkan saya tak mahu mengambil kisah pasal orang @ orang-orang lain??

saya mempunyai satu cara untuk menghilangkan perasaan marah saya.saya amik headphone,pasang volume sederhana kuat,dan baring di atas katil sambil serta menutup mata untuk sementara waktu.itu cara saya untuk menahan perasaan marah dan juga untuk tidak share ape yang saya alami dengan orang laen.saya rasa saya tertutup hati nak share dengan orang lain tentang masalah saya,perasaan saya.saya serik.dulu saya bukanlah seorang yang suka berkongsi masalah saya dengan orang laen.saya prefer simpan di dalam hati,without telling anyone.untuk seketika,saya cuba berusaha untuk berkongsi dengan orang yang saya percaya dapat menerima kebaikan dan keburukan saya.saya berkongsi tentang masalah saya,perasaan saya.awalnya,saya rasa lega bila dapat berkongsi dengan orang lain.tapi semakin lama,saya dapat merasakan yang saya bukanlah orang yang SUKA BERKONGSI dengan orang lain,not even my problems.i sound like very selfish kan...i guess i am selfish.keadaan mengajar saya untuk pentingkan diri sendiri.sekarang,saya lebih selesa untuk menyimpan segala masalah saya dari berkongsi dengan orang laen.hopefully bila saya sudah bersedia untuk berkongsi kembali,saya akan membuka kembali hati saya untuk berkongsi..bak kata orang,sharing is caring...

owh..hari ni hari lahir kakak saya a.k.a Angah yang ke-25.semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Amin.

la la la...kerjalah wahai HidayahSham!!
miahahahaha...=P
 
posted by HidayahSham at 5:52 PM | Permalink | 0 comments
Friday, March 21, 2008
Di Lab..HuaHuaHua~



Your Blogging Type is Artistic and Passionate



You see your blog as the ultimate personal expression - and work hard to make it great.

One moment you may be working on a new dramatic design for your blog...

And the next, you're passionately writing about your pet causes.

Your blog is very important - and you're careful about who you share it with.

What's Your Blogging Personality?
 
posted by HidayahSham at 12:20 PM | Permalink | 2 comments
Friday, March 14, 2008
kebusanan melanda ..kerja tak siap jugak..huahua~
ini entry untuk melepaskan kebusanan.saya tiada benda khusus untuk diceritakan.hanya luahan hati seorang remaja yang ingin membuang masa di kopitiam sambil menikmati ice blended cappucino caramel bersama rakan sekolah lama.(huahua,boleh buat pantun 2 kerat neyh...kui2)

realiti sebenarnya maseh banyak keje yang tertunggak dalam to-do list saya.malangnye saya begitu malas untuk menyiapkan sume keje saya.virus malas menular begitu pantas dalam badan sehinggakan nak bergerak sedikit pon terasa bagai beban yang amat berat.

saya agak weng hari ni.di rumah ada streamyx,makan free,tak yah bergaya sakan if nak online.tapi saya sengaja menyusahkan diri mandi awal,bersiap-siap tanpa makan lalu memandu dengan kelajuan yang sederhana menuju ke pusat bandar taiping bagi menemui rakan saya di kopitiam Prima.semuanya sebab level kebusanan yang meningkat di dalam diri.saya cube mengambil different view di kopitiam.mana la tau time duk melepak tengok kerenah orang,saya dapat idea untuk wat FYP saya yang maseh samar-samar rupanya.

sayang sekali saya lupe nak bawak digicam aya.kalo tak boleh jugak saya snap gambar2 kat kopitiam ni.rasanye dalam entry sebelum ni saya ada mention yang saya suke lepak kat kopitiam.maybe sebab kat taiping cume ade kopitiam,takdak starbucks,coffeebean,dan segala rangkaian restoran laen yang kaki saya tak pernah jejak lagi sepanjang hidup saya.mungkin jugek sebab dari dulu saya hanya dibiasakan menjamu selera di fast-food restaurants around taiping je macam McD,KFC.zaman saya kecik-kecik Pizza Hut takdak lagi kat taiping.
oleh kerna itu,saya rasa ketaq lutut nak masuk restoran selaen dari 3 restoran ni.tak biase la katakan.huahuahua.

bile masuk utp,baru la belajar makan kat restoran selaen McD,KFC dan Pizza Hut.terima kaseh diucapkan kepada saza dan cik yun kerana mengintroduce saya kepada Sushi King dan jugek Kenny Rogers.lagi satu saye suke makan kat secret recipe.saya tak sure sape yang ajar saya makan kek secret recipe.rasenye rakan-rakan kat utp jugek.satu-satunya kek secret recipe yang saya suke ialah Chocolate Indulgence.kek itu sungguh menyelerakan.tibe-tibe terbayang betape enaknya kek tersebut.tapi saya ada satu habit iaitu saya tak mampu habiskan kek yang saya makan melainkan saya kongsi makan dengan orang lain.selain dari kek,saya suke makan spaghetti kat secret recipe.slalunya saya order spaghetti bolognaise (tak sure spelling...kui2~),lepas tu saya pau meatballs dari rakan-rakan yang order spaghetti meatball.saya tak suke order spaghetti meatball sebab takdak cheese.saya cuke cheese,sangat-sangat cuke....say cheeSee!!

huh..orang sebelah saya makan tak abes...tak ke membazir tuh.saya jenis dari dulu biasakan diri untuk habiskan makanan yang saya order.bukan sebab tamak,tapi saya slalu pikir yang saya bayar makanan tu.bila tak abis,kira membazir aa kan.tapi kadang-kadang saya ubah cara pemikiran saya.bila saya tak mampu habiskan makanan saya,saya akan fikir yang makanan tu akan diberikan kepada kucing-kucing jalanan yang takdak owner.untung kucing tu dapat makanan free.dengan berfikiran sebegitu,saya tak rasa bersalah bila tak habiskan makanan.huahuahua,saya suke mengelakkan dari berasa bersalah terhadap tindakan yang saya ambil.=P

waaaa..memang saya bebel tanpa sebab hari ini.sungguh best bila boleh bebel sebegitu time otak tidak berfungsi dengan baik.saya mau pulang.saya mau makan tengahari.huahuahua..(".)


 
posted by HidayahSham at 12:05 PM | Permalink | 2 comments
Thursday, March 13, 2008
Mission Accomplished : Learn how to bake Chocolate Chip Cookies + I'm 21 years old already..aiyok~
(Sebelum detik 12 tengah malam, 12 Mac 2008)

hari ini bertarikh 12 Mac 2008, saya berjaya menyempurnakan misi saya iaitu membuat chocolate chip cookies!!!!


yer..tahniah kepada diri saya kerana akhirnya saya telah melaksanakan misi saya dengan penuh dedikasi.terima kasih diucapkan kepada Puan Hamimah Binti Md. Dom a.k.a mama kerana mengizinkan saya menggunakan barang-barang di dapur serta memberi sokongan moral terhadap anak perempuannya yang sedang berusaha separa bersunguh-sungguh untuk memahirkan diri dalam bidang masakan.

malangnya gambar-gambar chocolate chip cookies yang berjaya saya hasilkan tidak dapat dipamerkan di blog ini buat sementara waktu kerna masalah teknikal (dem,lupe amik kabel untuk transfer gambar kat angah...ces2~).but those pictures will be uploaded later.

mama cakap cookies yang saya buat lebih kurang macam saya...chubby!!!huahuahua,yang chubby tuh la yang sedap dimakan,kan kan??


kebelakangan ni,semangat saya berkobar-kobar untuk memasak.entah mengapa,terasa memasak sangat FUN. macam hari ni, saya rasa sungguh satisfied bila dapat buat cookies...baru sekarang saya tau apa yang menyebabkan some of my friends begitu berminat dengan aktiviti menghasilkan makanan yang enak lagi mengenyangkan perut ini...huhuhuhu~

erk...tibe-tibe teringin makan sushi la pulak.nak sushi...yeah!nak sushi jugek..yeah!!!tapi..now da dekat pukul 10.mane la nak cari sushi.uwaaa...keciwanye!!!!kene tahan nafsu makan sushi sampai esok aa jawabnye.sabar yer wahai nafsu makan..ko ni demand melampau.cube mintak roti canai ke,burger ke..boleh jugak aku redah cari memalam cam ni.ni demand sushi...hampes tul...aiyok.

perasan girang masih bersisa lagi di hati saya di atas kemampuan saya menghasilkan chocolate chip cookies yang chubby dan kiut.hahaha,timbul perasaan riak la pulak.ish2,tak elok begitu wahai Hidayah.tak boleh riak-riak ni.Allah tak suka orang yang riak.karang dapat balasan baru tau.insap...insaplah!

saya suda hilang idea untuk mencoret.saya mau berenti.saya mau tengok tv sambil makan cookies.saya nak jadi macam resakse biru dalam cite Sesame Street yang suke makan cookies tuh...anyone,tau name makhluk tersebut...????

(Selepas detik 12 tengah malam,13 Mac 2008)

Hoyeahh...!!!
saya sudah berusia 21 tahun!
(Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur saya sehingga kini..)
Thanx a lot to my friends for the birthday wishes..especially to Ferry (my ex-roommate) for calling me 5 minutes before 12 midnite..(",)


 
posted by HidayahSham at 12:18 AM | Permalink | 3 comments
Monday, March 10, 2008
Voices'08..=)
huhu..atas request cik fara-D tomei,saya mengupdate blog saya dengan entry berkaitan dengan charity concert yang saya dan rakan-rakan pegi last friday nite di MMU Cyberjaya.it was FUN!!!

saya dan rakan-rakan bersepakat untuk pegi charity concert tu sebab nak tengok band-band perform secara live di samping nak buat kerja separuh gila sebelum kami grad hujung tahun ni,insyaAllah.jadi,kami pon decide untuk gerak dari UTP hari jumaat pagi sebab masing-masing ada kelas.after kelas baru kitaorang gerak, tak silap dalam pukul 11 am.keluar je dari UTP,terus pegi taman maju isi minyak keta kasi full tank so that if sesat da takyah risau pasal keta abis minyak.sambil isi minyak,kami membeli makanan ringan a.k.a jajan untuk dimamam on the way nak sampai kl.

dalam perjalanan ke kl,keje kami adalah makan+minum,buang air,makan+minum lagi,buang air lagi sekali.huahua.sangat best bile part buang air.rasa sungguh lega.saya lak kadang-kadang terlena sebab memang da jadi habit bile traveling mesti tertidur dalam keta.teringat waktu zaman saya belajar dekat mrsm,everytime nak balik ke mrsm saya mesti tidur dalam keta.mama heran cam mana saya boleh lena dalam keta sedangkan on the way nak ke penang,ada satu kawasan tu,tak silap saya area Sungai Bakap...bile lalu je situ macam naik kuda je rasanya.tak dapat nak describe camne keadaan saya bile tertidur dalam keta time lalu area tuh.saya mimpi saya naek kuda kot....huhuhuhu~

erk,terbabas dari topik aa pulak.yer,kami sampai ke kl dalam pukul 2.then kami terus menuju ke Sungei Wang bagi menemani salah seorang rakan kami yang sedang 'beruang' (sila pronounce dengan betul..'be-ru-wang').beliau nak beli sesuatu kat sane,so kami ni jadi bodyguard tak berbayar aa kepada beliau.saya pulak alang-alang da gi sane,saya usha mp3 player yang menarik.tapi malangnye hati saya maseh tak terbukak untuk beli mp3 player kat Sungei Wang.kami spent about 2 hours kat situ.aaa,saya dan rakan-rakan macam nak pengsan kot sebab kami tak lunch langsung.just makan roti,keropok,minum air.itu jek yang masuk dalam perut kami.sebutir nasi pon kami tak telan sepanjang perjalanan ke kl.jadi,lepas je rakan kami da dapat benda yang beliau nak,kami terus merushingkan diri menuju ke MMU Cyberjaya untuk mendapatkan tiket.

time kami gerak ke Cyberjaya,dalam pukul 4 lebih,so jalan da start jam strawberi.agak tension aa gak bile stuck dalam kesesakan lalulintas ni.saya ni jenis tak suke traffic jam.sangat-sangat tidak suke sebab saya tau saya ni jenis cepat marah.isk,camne aa kalo tibe-tibe saya dapat keje area kl,adakah saya sanggup berhadapan dengan jam strawberi ini setiap hari??ikut hati,nak naek moto je pegi keje.duit minyak sikit,bile jalan sesak boleh selit kiri kanan.best wooo bile dapat menyelit time jalan sesak.tak caye??cube try coca cola aa..baru tau best tak best menyelit ni....huhuhuhu.

cet..babas dari topik lagi.okie,da lepas jam,timbul satu lagi problem.kami sume tak sure jalan nak pegi Cyber~memang ikutkan ade je signboard,tapi kadang-kadang termiss.bile termiss,kene buat U-turn.naseb baek minyak full tank.kami pon redah je sume jalan yang ade signboard ke Cyberjaya,dan Alhamdulillah kami selamat sampai ke Cyberjaya.diulangi,kami selamat sampai ke Cyberjaya,bukan MMU Cyberjaya.rasanye dalam kul 5 kami sampai Cyber,then setengah jam berikutnya kami habiskan minyak keta dengan mencari MMU Cyberjaya.Cyberjaya banyak jalan tembus sana sini ataupon shortcuts,tapi kami lalu longcut.bile lalu longcut,kami pon lambat.peyut masing-masing amuk sakan sampai da buat charity concert.tapi akhirnya kami sampai jugak ke MMU Cyberjaya.bile da sampai,kami menuju ke Grand Hall.rasanye kami tawaf 2 kali MMU baru jumpe Grand Hall.tu pon setelah kami bertanya sorang student MMU ni.naseb terserempak dengan dia.kalo tak,mungkin kami akan tawaf MMU untuk kali ke-3.

da amik tiket kat Grand Hall,kami berpakat untuk ke Alamanda untuk melahap (siyes lapar siot~) dan solat.untuk ke sekian kalinya,kami melakukan teknik 'try and error' bagi mencari jalan menuju ke Alamanda.sesungguhnya masing da hilang tumpuan gara-gara kelaparan di tahap melampau.saya da sampai sakit kepala tahan lapar.rakan-rakan lain saya tak sure.dalam sejam jugak aa kami cari jalan nak ke Alamanda.dalam pukul 6.30pm, kami selamat sampai ke destinasi kami.kami terus cari toilet lalu ke surau.then lepas settle sume,kami pon mengenyangkan perut masing-masing.kami lepak dekat food court sebab nak cepat.time tuh sume makanan pon rasa sedap sebab kami sungguh LAPAR~

dalam pukul baru settle makan,terus gerak ke MMU Cyberjaya balik.disebabkan sebelum ni kami asyik silap jalan,jadi selepas mendapat pengajaran dari kesilapan kami itu...kami mengambil masa yang singkat untuk ke MMU.ikutkan concert start pukul 8, tapi standard concert akan start lambat.dan itu yang terjadi time kami sampai ke Grand Hall.before masuk hall,kitaorang tengok booth-booth kat luar hall.kat booth tu ade jual CD band-band yang perform that nite.tengah saye duk usha CD,tibe-tibe nampak sorang mamat ni,muke cam familiar jek.tapi saya tak berani tegur takut silap orang.kami pon beramai-ramai masuk ke hall.uwaaa,seat da penuh!!!!kami dapat row belakang,tak nampak sangat band yang perform kat atas pentas.naseb baek ade 2 giant screens.kalo tak,memang tak puas hati aa kami.

disebabkan concert lambat start,saya pun keluar dari hall,pegi balik kat booth-booth sebab tak sempat usha abis semua booth.sekali lagi saya nampak the same mamat,but this time saya da berani nak tegur die.saya dengan slumber pegi jumpe die,tapi die yang tegur saye dulu.cet~hampes sungguh.that mamat sebenarnye one of my adik-beradik homeroom time dekat mrsm.his name is faris.kat mrsm,kami ade adik beradik homeroom dan juge mak/ayah homeroom.homeroom tu macam family angkat aa.so faris tu kire one of my homeroom members.homeroom batch kitaorang ciput jek,ade 4 orang including me,faris,aisya and zul.bersambung cerita kat concert,faris tegur saya.huahua,ingat lagi die kat saya.so sembang-sembang dengan dia.lepas tu dia cakap abang kamal,abang homeroom kitaorang dulu is the one in charge that charity concert.die pon bawak saya jumpe kamal.huahua,kamal da berubah seyh.tapi yang bestnye die still kenal saya.tu la semangat homeroom kami yang maseh kuat...hoyeeahhh!!

part paling best is bile faris mention yang cik fara-D tomei datang charity concert jugek.what a surprise!!saya sungguh teruja bile faris bagitau saya pasal benda ni.saya pon terus call fara,mula-mula tak dapat.second time i called her,she picked up the phone,tapi dia dalam hall,so tak dengar ape saya cakap.saya pon sms dia,bagitau yang saya tunggu dia kat luar hall.tunggu punye tunggu,cik fara-D tomei pon muncul.saya cuke!!!rindu sangat amat sama ini awek.huhuhu.rasa cam nak nangis pon ade time jumpe fara,tapi seb baek ramai orang time tuh.sembang-sembang dengan fara,then kami masuk hall balik sebab concert da nak start.

awal-awal concert,suasana still terkawal aa sebab audience pon tak ramai lagi.plus band yang perfom awal saya tak berapa kenal.but lagu diaorang pon not bad.kite kene support local band kite...yeah!!bile Bittersweet start perform,audience da start bertindak balas.maybe sebab Bittersweet da terkenal so diaorang da ade peminat sendiri.but saya tak penah lagi dengar lagu-lagu diaorang,so saya tak boleh sing along together-gather time Bittersweet perform.sambil layan concert,saya duk maen sms dengan fara-D tomei.saya nampak dia,tu pasal kaco dia tuh.jangan marah eeh fara~kami duk complaint,awat la band-band macam Meet Uncle Hussain,Hujan,OAG lambat perform.hati da tak sabar-sabar nak nyanyi.but soon after Bittersweet finished their performance, Meet Uncle Hussain pon start perform.audience pon da maken bersemangat.bile MUH perform,diaorang ikut nyanyi.saya sebelum ni tatau rupe MUH macam mane.tapi now da tau aa rupe vocalist dia.sungguh menarik rambut dia.saya suka bila MUH nyanyi lagu 'Laguku Untukmu'.sume audience bernyanyi beramai-ramai walaupon berlainan nada.part pitching tok sah kira aa.tapi yang penting enjoy!

lepas MUH, OAG pulak atas stage.huaaa!!!!sangat-sangat BEST!!!sebab saya tau lagu OAG,so boley nyanyi dengan riang rianye.siyes saya sangat teruja time OAG perform.diaorang nyanyi lagu Generasiku which is one of my favorite songs, lagu Slumber...Radhi OAG memang slumber siot..lagi satu lagu saya tak ingat.tapi memang enjoy gaban aa time diaorang perform.satu hall nyanyi dengan OAG.saya sampai hilang suara nyanyi lagu diaorang.the last band was HUJAN.diaorang pon best jugak.tapi saya tak tau banyak lagu diaorang,so macam keciwa skit bile tengok orang laen nyanyi together dengan HUJAN.lagu paling best from HUJAN is 'Bila aku sudah tiada'.i love this song!

huaa...memang puas hati la toward the end of the concert coz dapat nyanyi beramai-ramai macam zaman sekolah dulu-dulu.walaupon ade sebahagian audience yang terlebih enjoy,tapi rasenye itu di luar dugaan pihak organizer kot.but secara kesimpulannya, Voices'08 ROX!!!!

da tak larat nak type panjang-panjang...fara,ko cite pulak pasal voices.aku da cite part aku.huahuahua~



 
posted by HidayahSham at 10:49 PM | Permalink | 9 comments
Thursday, March 6, 2008
my SPACE
hari ni saya nak cerita ape yang terlintas dalam fikiran saya.it's my blog.suke hati saya la nak post apa pun.saya tak kacau orang.so orang lain jangan sibuk nak kacau saya.

hua..hidup ni penuh dengan lakonan.saya rasa semua manusia kat dunia ni berlakon.ada yang berlakon jadi orang baik,ada yang berlakon jadi jahat.ada yang tengah-tengah,kejap baik,kejap jahat.saya yang stuck antara watak baik dan jahat.if orang baik dengan saya,saya akan sedaya upaya untuk berbuat baik dengan diaorang balik.tapi if sebaliknya yang terjadi,faham-faham sendiri la.buat apa nak baik dengan orang yang tak baik dengan kita kan.tu pandangan peribadi saya.if ada yang tak setuju,it's up to u.saya tak kesah dengan pandangan orang lain.semua orang ada pandangan masing-masing.saya cuma nyatakan pandangan saya semata-mata.

mama cakap,biar orang buat jahat dengan kita,jangan kita buat jahat dengan orang.ye,mama saya cuba mengajar saya untuk menjadi orang yang baik.tapi,di mana keadilan if kita biar je orang lain buat jahat kat kita,tapi kita tak boleh balas balik kejahatan diaorang??hurm,kenapa entry saya kali ni berbaur dendam yang agak dalam...?mungkin hari ini HARI EMO SAYA.saya memang ada hari emo.bila saya emo,saya akan sentiasa rasa nak balas dendam.dalam kepala otak,ada macam-macam idea untuk membalas dendam.tapi kenapa saya berdendam?sebab kat dunia ni berlaku banyak ketidakadilan.contoh ketidakadilan yang amat terang lagi bersuluh: rejim Israel tak sudah-sudah membinasakan bumi Palestin.hari-hari keluar berita pasal rakyat Palestin dibunuh tanpa belas kasihan tak kira lapisan umur.Kanak-kanak, remaja,orang dewasa,warga tua.semua mati dibunuh tanpa alasan yang kukuh dari rejim Israel.sungguh tidak adil bila rejim Israel riang ria bom bumi Palestin sedangkan rakyat Palestin tak dibekalkan dengan senjata-senjata moden untuk membalas serangan diaorang.

tu salah satu contoh ketidakadilan yang berlaku kat dunia ni.yet,takda sebarang penyelesaian untuk ketidakadilan ni.dunia oh dunia.berbalik kepada isu saya nak membalas dendam,ikutkan saya pun bukan berani pun nak buat macam tu.semua yang saya bayangkan dalam kepala otak hanyalah imaginasi semata-mata.saya akan cuba untuk mengikut pesan mama, biar orang buat jahat dekat kita,jangan kita buat jahat dekat orang sebab lambat laun Allah akan balas balik setiap perbuatan jahat yang orang lain buat ke atas kita.mungkin Allah tak balas sekarang,tapi later Allah akan balas kan.oleh itu,bawak-bawakkan bersabar wahai Hidayah.oleh itu,tak perlulah saya bersusah payah merangka plan untuk membalas dendam ke atas orang lain.huahuahua~

bila baca entry saya yang sebelum-sebelum ni,saya rasa saya ni jenis tak ada hala tuju.saya masih tercari-cari arah tuju hidup saya.apa yang saya maksudkan ialah,apa yang saya nak jadi dalam masa 10 tahun akan datang.secara terus terang,saya masih lagi tak mempunyai apa-apa long-term plan untuk perjalanan hidup saya yang tak pasti pendek ataupun masih panjang.saya dengar cerita dari kawan-kawan saya,ada yang nak buat bisnes,ada yang nak keje dengan kerajaan je,ada yang nak mendirikan rumah tangga dan bermacam-macam jenis plan...


(entry ini disambung setelah bekalan elektrik disambung kembali...huahua~)


hampeh tul...tengah duk sedap menaip,tibe-tibe black out.ingatkan hostel saya je yang black out,rupe-rupenya satu satu utp black out.erk,maybe entry saya yang sebelum ni banyak unsur-unsur negatif.tu pasal utp black out untuk mengelakkan saya dari menimbunkan lagi unsur-unsur negatif tersebut.aaaa...like i care~but i have to kot...isk2.

tadi,disebabkan risau takdak elektrik sampai malam,saya pon gi la mandi awal.dalam kul 6.15 da mandi.abis mandi,bile masuk bilik,saza cakap saya mandi cepat.erm,toilet agak gelap kot.tu pasal mandi cepat.saya dah la berimaginasi tinggi,karang saya jugak yang ketakutan kat dalam shower.huhuhu.lepas mandi,terus solat dan bersiap sedia untuk ke library sebab saya kena pulangkan buku-buku yang saya pinjam.ikutkan da overdue pon,tapi tak nak la tunggu sampai kene bayar rm10 just for denda tak pulangkan buku on time.membazir tuh...ish ish ish..bile da ready,saya pon menunggang skuter merah yang chomey menuju ke library utp.

masuk je library,terus tuju counter bulat kat depan.saya kene pulangkan dalam 10 buah buku yang hard cover tuh.berat siot letak dalam beg.tak cukup dalam beg,kene pegang lagi 2-3 buah buku sebab da tak muat nak sumbat dalam beg.librarian tu pon scan la seketul by seketul buku yang saya nak pulangkan.dia cakap sumenye overdue.huahuahua...bile sum up denda setiap buku,denda saya adalah rm3.80...isk2,nak dekat 5 hinggit tuh.naseb baek antar awal skit,saya antar lepas mid-sem break,mesti nak dekat 10 hinggit.

da settle hal dekat library,saya pon menuju pulang ke hostel.on the way,tibe-tibe teringat satu notis pasal selection for volleyball team.tapi ikutkan notis tu da lepas da.cume saya rasa cam curious nak tau adakah sudah terbentuk volleyball team untuk female students kat utp.saya pon menukar haluan ke sports complex.time tu da dkt pukul 7 lebih.ramai orang da gerak from sports complex.bile saya sampai kat sane,park moto then terus gi volleyball court.tapi dari jauh saya nampak court kosong jek.hurm,adakah mereka suda abis training ataupun diaorang suda berpusu-pusu balik ke kampung halaman sempena cuti yang akan bermula pada minggu hadapan??aaa...saya pon tak sure.saya pon pulang ke hostel tanpa sebarang perasaan.rasa rindu nak main volleyball.in fact,saya rindu sangat-sangat nak main volleyball.dulu time dekat mrsm,everyday main volleyball.rasa enjoy bile dapat serve bola laju-laju.rasa macam bola tu sama macam kepala orang-orang yang buat saya tension.miahahaha...memang rasa puas hati gile aa after main volleyball.tak caye,tanye cik fara-D kesayangan saya.she's one of my teammates.tak dilupakan izzah a.k.a chikas.these 2 girls memang bestfriends saya kat mrsm.i miss them so much...nak jumpe korang!!!!!uwaaaa~

hurm..bau tomyam kat sebelah saye betul-betul menggugat nafsu makan saya yang sedang menggila.hahaha..nafsu makan menggila takpe eh,jangan nafsu lain.huhuhuhu.mau mamam...ciao~
 
posted by HidayahSham at 4:40 PM | Permalink | 6 comments
Tuesday, March 4, 2008
confession====>confusion??
yep2,mid-semester break is just around the corner.i can't wait to go back to my hometown.rindunye nak pusing lake garden waktu petang dan juge malam.saya suke pusing waktu siang sebab time tu da tak panas,so tak rasa bahang matahari.waktu malam pon best juge round2 lake garden,tengok lampu2 yang MPT letak kat pokok2 tepi jalan.kepada sesiapa yang tak pernah sampai ke Taiping lake garden,sila2 la ke sana.u won't regret it!saya memang tak sah kalau balik taiping,tak pusing lake garden.tu suda menjadi satu kemestian aa.if tak pusing,rase cam tak lengkap je weekend saya kat taiping.

tapi,ade certain orang yang asal taiping,tapi tak suke taiping.maybe sebab taiping ni tak macam bandar-bandar besar yang laen kot.kat taiping takdak shopping malls besar2,takdak wayang (actually banyak je wayang kat area taiping zaman dulu2,but sekarang sume wayang da tutup).maybe diaorang selesa dengan tempat yang ada shopping malls,wayang.simply put,diaorang more interested with places yang banyak tempat untuk hang out,shopping (best!!) etc.tu hak masing2 la kan.cume bagi saya,biar jauh mana saya merantau (haha,tak la merantau sangat kot,paling jauh pegi pon sampai melaka jek time intern...=P),taiping tetap di hati.dan saya bukan keseorangan.ade satu website ni cite pasal interesting places at taiping.this is the website, taipingtalk.kat website ni ade byk response pasal orang2 yang berasal dari taiping,menetap kat tempat lain,tapi diaorang still rasa taiping is the best place among all places.=)

erk...rasanye saya ni da tak sabar2 nak cuti ni.tibe2 macam semangat cite pasal taiping.tukar topic pulak.semalam ada test 1 ADS (Advanced Database System), 4-5pm.huwa,saya tatau aa ape yang saya jawab time test.naseb baek lecturer ADS begitu baek hati,test semalam yang sepatutnye tak boleh refer any notes tibe2 bertuka menjadi open-book test..takde la rase berdebar hati.dan naseb EXTRA baek juge saya terfikir nak bawak notes.ikut logik,buat ape nak bawak notes time pegi test kan,bukannya boleh refer notes pon bile test.instinct saya betul pulak semalam.still,bile tengok soalan,ada yang boleh jawab.ada yang 50-50,tak sure jawapan saya betul ke tak.yang paling sedih,last question saya tak sempat nak jawab.AaAaaaaAAaaAa!!!saya sempat tulis satu line coding je...the rest,line2 kosong.keciwa gile saya semalam.tapi nak buat macam mana,tak cukup masa nak jawap.saya spent too much time dekat first question where i had to draw a diagram.tah la,test 1 ni macam ding dong...toink-toink...aaa,apekah??

by the way,semalam berlalu sesi confession between saya dan seseorang.for me,it's better if we confess rather than keeping everything inside us.biar clean and clear antara kita dan orang sekeliling kita.kita luahkan rasa tak suka,marah,benci,meluat,sakit hati,sayang,cinta,rindu dan segala jenis perasaan yang kita ada dalam diri kita.biar semua orang tau supaya tidak berlaku sebarang jenis kekeliruan @ confusion.kadang2 kebenaran akan menyakitkan,tapi lebih baik sakit sekarang.saya prefer sakit sekarang.saya suka orang sekitar saya berterus terang dengan saya sebab saya cuma akan berterus terang dengan diaorang.if nak cover2,susah aa kot walaupun saya tau kita orang melayu ni jenis indirect (sape belajar International Business, u guys must know this....huhuhu~).orang melayu berbeza dengan bangsa berkulit putih ataupun lebih dikenali sebagai mat salleh (kenape mat salleh...can anyone explain to me??).setahu saya bangsa kulit putih, diaorang memang jenis direct je bile berkomunikasi dengan orang sekitar diaorang.contohnya,bile diaorang rasa idea seseorang tu tak bernas,diaorang straight forward cakap dekat that person yang idea dia tak bagus.takde nak buat ayat kunun2 idea that person tu bagus,cume kene ade improvement.bagi saya,certain things memang kita kene direct,tak perlu nak cover2 anything sebab memudahkan komunikasi.

lain pulak dengan orang melayu.kita dibesarkan dengan environment di mana if kita cakap direct,kita dianggap sebagai kurang sopan @ rude.sebab tu kita ade pantun,gurindam,sajak,syair dan pelbagai jenis cara untuk menyampaikan niat tersirat kita.kita dibiasakan untuk tidak berterus terang if benda yang kita nak bicarakan mungkin akan menyakitkan hati orang lain..tapi rasenya if kita nak discuss pasal benda2 yang baek such as marriage pon,orang melayu tak straight forward kan.time nak meminang,siap berpantun antara rombongan meminang dengan family belah perempuan.tapi bagi saya,tu adalah salah satu keindahan budaya melayu.and i'm sure other races have their own special values about their cultures as well.tapi saya kurang pengetahuan pasal budaya masyarakat cina dan india.insyaAllah saya akan cuba menambah pengetahuan saya pada masa akan datang..(",)

as a conclusion (da macam documentation untuk project daaa~),saya nak orang sekeliling saya berterus terang dengan saya so that saya dapat berterus terang dengan diaorang balik.if ada rasa tak puas hati,boleh bagitau saya.saya tak marah sebab saya pun manusia macam orang lain.saya ade kelemahan yang saya perlu perbaiki.the only way saya dapat perbaiki diri saya ialah dengan mendengar respon dari orang lain sekitar saya.insyaAllah,saya cube menjadi seseorang yang better untuk diri saya dan juga orang lain.tu la gunanya hidup kan,berubah menjadi seseorang yang lebih baik dari segala segi.

hua..da dekat pukul 7.saya nak bersiap sedia untuk membersihkan diri.malam ni nak siapkan slides untuk seminar FYP esok.mintak-mintak esok saya tak tergagap depan lecturers time buat presentation.risau rasa hati ni..isk2~

(saya rasa saya seorang escapist,which is one of the Piscean characteristics.laen yang saya nak cite kat blog ni,laen pulak yang saya taip.tapi,bagus jugak kan.mana tau ape yang saya taip,bakal menyakitkan hati orang-orang di sekeliling saya...=])

 
posted by HidayahSham at 5:43 PM | Permalink | 4 comments
Saturday, March 1, 2008
Test 1+Seminar FYP+mId Sem bReAK..hoYeaHH!!!!
oyaiho!!!!
hari ni hari lahir lelaki paling saya sayang dalam hidup saya.without him,i wont be here.it's my dad's BIRTHDAY!!!

saya sayang AYAH saya sangat-sangat!!!

saya baru bangun tidur.gagaga,semalam da aa mkn sampai peyut senak.naseb sempat tinggalkan sikit space untuk bernafas.tu pon termengah-mengah.moral of the story,makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang...tapi,kenapa begitu susah untuk dipraktikkan benda ni eh..adekah sebab nafsu makan yang tinggi...mungkin ya,mungkin tidak (Ye..ye..saya suke makan..miahahaha~)

next week ade 3 benda bakal terjadi,insyaAllah.the first thing is test 1..not one,but two tests...uwaa~

1. Advanced Database System,Monday (3/3/2008)-saya tatau aa,saya susah sangat nak memahami database..dari 2nd year sampai aa sekarang.tiada minat, mungkin...ataupun malas untuk cube memahami apekah itu database dan segala perkara yang berkaitan dengan database seperti...erk,tanak mention pasal study..kat sini ruang untuk saye menyonteng pasal diri saya,dan jugek perkara yang saya suke..perkara saya tak suke,saya simpan dalam hati,sebab taknak sakitkan hati sape-sape..=P

2. Data Mining & Knowledge Discovery,Thursday (6/3/2008)-subjek ni,insyaAllah bole buat kot.tapi saya cam tak suke part calculation yang very time consuming..sakit kepala saya time wat Quiz 1 last week.hopefully time test ni,kurang aa skit questions related to calculation ni.otherwise,saya akan mengalami sakit kepala yang kronik.


next week jugek,saye ada seminar FYP (Final Year Project).time seminar,saya kene wat brief presentation about preliminary report yang saya da submit dekat supervisor saya last week.huwa,i dont really like presentation,but since dari foundation asyik duk wat presentation,so kene jugak aa biasakan diri berdepan dengan lecturer dan membentangkan segala benda yang perlu dibentangkan dan siapkan diri dengan ape jua soalan yang akan keluar dari mulut lecturer.part paling sakit bile kita tak expect lecturer akan tanye that question,time tu rase kepala otak cam berpusing 360 degree sebab duk pikir ape la jawapan utk soalan lecturer tuh...isk2,sume itu pengalaman sepanjang pengajian saya di UTP.

perkara paling menarik yang saya tunggu dengan perasaan sabar yang amat minimum ialah MID SEM BREAK!!!!cepat aa masa berlalu,tak tertahan rasanye hati ni nak bercuti tanpa memikirkan beban belajar yang semakin hari semakin bertimbun.tapi,ikutkan asyik teringat je keje-keje yang perlu disettlekan time cuti nanti,tapi tu cam diignorekan wat sementara waktu.yang penting kite EnJoY!!!!!

saya nak pusing lake garden hari-hari,nak gi taiping jaya sebab since intern last sem sampai la sekarang saya tak jejakkan kaki kat taiping jaya pon..ye aa,bile balik untuk cuti time intern,masa banyak dihabiskan di rumah untuk melepaskan perasaan rindu yang meluap-luap dekat masakan mama dan juge suasana rumah yang amat tenang lagi damai..tiada stress~

erk...da dekat pukul 10.nak pegi mandi dulu..dan cube mengumpul semangat belajar untuk test minggu depan.moge-moge saya sentiasa tetap pendirian untuk study selepas mandi nanti,coz banyak benda yang melalaikan dalam laptop saya yang mampu mengubah niat baek saya...muahahahahahah~
 
posted by HidayahSham at 9:24 AM | Permalink | 2 comments