Wednesday, February 11, 2009
Pemergian seorang rakan
hati maseh seakan tak percaya,saya telah kehilangan seorang rakan.tidak dinafikan,ini semua ketentuan dari Yang Maha Esa.namun saya seperti bermimpi.

pada mulanya saya tumpang gembira dengan berita perkahwinan kawan seMRSM, Aswat dan jugak kawan kepada Fara-D, Puan Chika,tiba2 saya dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah Shida.jantung macam berhenti berdenyut tatkala membaca message dari Fara-D.saya berdoa dalam hati moga-moga berita ini hanyalah mainan semata.tapi...

sudah 3 hari berlalu.saya hanya terfikirkan satu benda yang menyebabkan saya rasa ralat.Jumaat lepas saya ke UTP untuk menduduki ujian yang diadakan pada hari Sabtu&Ahad.Sewaktu ujian,saya sempat berjumpa rakan2 terdekat Allahyarhamah, Embun dan Tira.tapi saya tak sempat berjumpe dengan Allahyarhamah.selalunya dorg ber3,Allahyarhamah,Embun dan Tira.tapi saya tak berkesempatan jumpe Allahyarhamah.saya hanya berkata dalam hati, 'kejap2 nanti la cari Shida....'

Nyata sekali,saya takkan berpeluang untuk berbuat sebegitu lagi.saya selalu terfikir,'kenapa aku tak jumpe dia..kenapa aku tak berusaha untuk jumpe dia??'

tapi,ini semua dah ditetapkan olehNya.saya harus terima segalanya dengan hati yang terbuka.Dan saya doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang2 mukmin.Serta doa buat keluarga Allaryarhamah,agar mereka sekeluarga sentiasa tabah.
 
posted by HidayahSham at 4:32 PM | Permalink |


7 Comments: