Wednesday, February 11, 2009
Pemergian seorang rakan
hati maseh seakan tak percaya,saya telah kehilangan seorang rakan.tidak dinafikan,ini semua ketentuan dari Yang Maha Esa.namun saya seperti bermimpi.

pada mulanya saya tumpang gembira dengan berita perkahwinan kawan seMRSM, Aswat dan jugak kawan kepada Fara-D, Puan Chika,tiba2 saya dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah Shida.jantung macam berhenti berdenyut tatkala membaca message dari Fara-D.saya berdoa dalam hati moga-moga berita ini hanyalah mainan semata.tapi...

sudah 3 hari berlalu.saya hanya terfikirkan satu benda yang menyebabkan saya rasa ralat.Jumaat lepas saya ke UTP untuk menduduki ujian yang diadakan pada hari Sabtu&Ahad.Sewaktu ujian,saya sempat berjumpa rakan2 terdekat Allahyarhamah, Embun dan Tira.tapi saya tak sempat berjumpe dengan Allahyarhamah.selalunya dorg ber3,Allahyarhamah,Embun dan Tira.tapi saya tak berkesempatan jumpe Allahyarhamah.saya hanya berkata dalam hati, 'kejap2 nanti la cari Shida....'

Nyata sekali,saya takkan berpeluang untuk berbuat sebegitu lagi.saya selalu terfikir,'kenapa aku tak jumpe dia..kenapa aku tak berusaha untuk jumpe dia??'

tapi,ini semua dah ditetapkan olehNya.saya harus terima segalanya dengan hati yang terbuka.Dan saya doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang2 mukmin.Serta doa buat keluarga Allaryarhamah,agar mereka sekeluarga sentiasa tabah.
 
posted by HidayahSham at 4:32 PM | Permalink | 7 comments
Monday, February 2, 2009
progress report..cet!
hoh,last week sangat sibuk menyiapkan progress report.baru nak buat questionnaire la,nak goreng ayat untuk report la,godam2 system la.sebelum ni takde idea nak buat semua tuh.tapi tu la kan.ade orang prefer buat semua benda awal2.tapi saya tak boleh buat semua benda awal2 sebab takde idea.otak beku.da last minute baru aa idea datang mencurah2 macam ujan sampai tak cukup tangan nak buat keje.kalo boleh nak tambah lagi 4 tangan supaya boleh buat semua keje dalam satu masa.(erk,ngeri pulok imagine diri sendiri ade 6 tangan.macam serangga jek rupenye.:P)

semalam pukul 3 pagi baru dapat tidur.edit2 report,then terus submit by email kat SV,mintak tolong checkkan.hari rabu neh saya kene ke UTP pule untuk submit hardcopy progress report dan jugek tunjuk system kat SV.adoyai,mintak2 la takde ape2 problem dengan report.saya da pening nak edit balek neh.isk isk.

sebelum saya terlupe,saya ingin mengucapkan time kaseh tak terhingga kepada kawan2 yang telah menjawab questionnaire saya.jasa kalian akan saya kenang.XD


isk2,tangan saya menggelupas.da serupe macam ular,main tukar2 kulit.siyes tangan tengah kasar sekarang.kalu aa salam dengan macik2, musti dorg reject jadi menantu!sedey tul.saya da letak macam2 cream, tapi takde perubahan pun.sape tau camne nak merawat kulit tangan menggelupas?sile share petua dengan saya.tolong ye tolong.tangan saya da sampai tahap kritikal neh.

okeh,da update untuk hari ini.tunggu esok atau luse untuk entri terbaru.otak da weng~
 
posted by HidayahSham at 3:10 PM | Permalink | 0 comments