Saturday, March 29, 2008
Euphonious'08 ROX!
yep2..semalam berlangsungnye finale Euphonious'08.pandangan peribadi saya tentang Eupho kali ini,same seperti tajuk entry...Euphonious'08 ROX!!!!

kenapa saya mempunyai pandangan sebegitu rupa...sila baca perenggan seterusnya~

walaupun Euphonious telah dianjurkan selama 3 kali di UTP,saya hanya berkesempatan menghadiri Eupho'08 sahaja.Eupho'07 saya tak join atas alasan tertentu.Eupho'06 pulak saya tak tau pon tentang kewujudan event Eupho ni...huhuhu.jadi saya menghadiri Eupho'08 untuk kali pertama dan jugak terakhir sebagai student UTP.if tahun depan saya tengok Eupho,besar kemungkinan time saya tak bergelar student UTP lagi..bila tak jadi student,rasa cam tak best sebab band2 yang perform time Eupho,sumenye still student lagi.maka akan berlakunya kekeliruan nak sokong band mana..semalam pon nyaris terkeliru saya dibuatnya sebab batch saya takdak yang join Eupho'08.tapi saya sokong band yang perform paling menarik la..=]

selain daripada kehadiran pertama saya di Euphonious,lagi satu sebab saya berpendapat Eupho'08 ROX adalah kerana kesudian Tuan Rektor UTP untuk menyampaikan sebuah lagu sebelum keputusan Eupho'08 diberitahu kepada umum.Saya rasa Tuan Rektor UTP sangat sempoi bila beliau berani ke pentas dan mendendangkan lagu pilihan beliau dengan iringan anggota-anggota band yang bertanding malam semalam.hehehe..boleh tahan gak Tuan Rektor UTP menyanyi..hehehehe...

semalam jugak saya berasa sungguh puas hati bila dapat tengok band-band perform on stage.rasanya saya ni suka tengok live band performance.tu pasal saya berminat dengan concert2.time tengok Eupho, terbayang dalam kepala otak time saya tengok Voices charity concert kat MMU Cyberjaya.saya teringat time Hujan,OAG,MUH perform.sungguh best!!

pasal keputusan Eupho'08 pulak..seperti yang saya jangkakan band The Capoiz sekali lagi menjadi juara Eupho tahun ni.saya sangat suka time Capoiz perform sebab diaorang first band yang perform.sungguh bertenaga,susunan muzik yang teratur,suara vocalist yang tak sumbang dan sangat jelas suara beliau,guitarists yang goreng sakan gitar dia,drummer yang menyebabkan heart beat saya dub dab dub dab,bassist yang cool sentiasa,keyboardist yang ayu ala-ala Yuna.i love The Capoiz!!!i support ORANGE!!!bagi saya,diaorang perform macam band yang well-established.tak nampak berserabut langsung...(",)

1st runner up was band Retro something..tak sure name band tu.tapi color untuk band tu ialah color HIJAU.diaorang pon perform best jugak sebab diaorang gabung banyak element dalam muzik diaorang.plus,drummer dia dengan another member yang maen percussion sungguh stylo.diaorang perform dengan penuh bergaya.saya suka bila diaorang perform lagu lama, 'i was born to love you' by Queen, if i'm not mistaken la.rasa macam ade kat zaman dolu-dolu pulak...huhuhu.

2nd runner was The Raptors.band ni kebanyakan ahli diaorang adalah international students.salah seorang yang saya kenal ialah Assad, drummer for this band.satu perkara yang sangat istimewa pasal band ni ialah diaorang mampu menyampaikan lagu 'Kenangan Terindah' dengan baek walaupon vocalist diaorang adalah seorang international student dari Egypt.memang enjoy aa bile tengok vocalist dia nyanyi lagu tuh.The Raptors banyak supporters dari international students jugak.dalam band The Raptors ade jugak local students,tak silap saya 2 orang kot.Band ni diwakili dengan color PURPLE.

Band Yasha won the fourth place.yasha was represented with RED color.bile tengok supporters diaorang,rasa macam supporters MU pulak.huhuhuhu.for me,keyboardist band Yasha memang sempoi.macam-macam bunyi dia bole buat.vocalists diaorang ade 2 orang, sorang perempuan,sorang lelaki.bole nampak chemistry between the vocalists.sorang vocalist ni asalnya orang terengganu,tapi dia bole nyanyi lagu 'Biso Bonar' by Hattan dengan baek macam dia memang orang nogori je.miahahaha~

Band Band Jamen won the fifth place.something unique about this band was that they have one member who played caklempong.tapi sayangnye time perform bunyi caklempong tu tak berape dengar sangat.but their drummer was the best drummber for Eupho'08.aiyok,tengok dia maen drum membuatkan saya nak belajar maen drum.siyes best gile tengok dia maen drum.penuh dengan gaya seorang drummer yang profesional.Band Jamen diwakili dengan color kuning.terasa macam supporters diaorang macam supporters untuk pasukan bola sepak Perak le pulak.sume kuning jek...huhhuhu~

guest artists for Eupho'08 were Imran Ajmain,the Singaporean singer who is popular with a song titled 'Seribu Tahun'.His performance was quite entertaining.The second guest artist was Farah Asyikin, contestant from previous Malaysian Idol.boleh tahan jugak die perform.cume kadang-kadang nampak macam dia nervous.saya suka lagu dia, 'Seribu Penipuan'.lirik dia cam simple jek,straight forward semata.The last guest artist was a band called SilenceScream,if tak silap la spelling dia.saya tak berapa sure pasal band ni,tapi saya suka dengar lagu melayu yang diaorang nyanyi.ngehehehehe...~

oleh itu,secara kesimpulannya,saya enjoy tengok Eupho'08.terima kasih kepada Tuan Rektor sebab memberikan peluang kepada student2 UTP untuk menunjukkan bakat-bakat terpendam dalam bidang seni walaupun kami di sini bukan belajar pasal seni,sebaliknya pasal kejuruteraan dan juga teknologi.tapi bak kata Tun Mahathir dalam ucapan beliau yang dipetik dari montage untuk FESCO,kadang-kadang pelajar bukan akan bekerja dalam bidang yang diaorang belajar di UTP,ada kemungkinan diaorang akan terlibat dalam bidang yang diaorang minat,iaitu bidang seni.who knows rite....(",)
 
posted by HidayahSham at 5:27 PM | Permalink |


3 Comments: