Thursday, March 13, 2008
Mission Accomplished : Learn how to bake Chocolate Chip Cookies + I'm 21 years old already..aiyok~
(Sebelum detik 12 tengah malam, 12 Mac 2008)

hari ini bertarikh 12 Mac 2008, saya berjaya menyempurnakan misi saya iaitu membuat chocolate chip cookies!!!!


yer..tahniah kepada diri saya kerana akhirnya saya telah melaksanakan misi saya dengan penuh dedikasi.terima kasih diucapkan kepada Puan Hamimah Binti Md. Dom a.k.a mama kerana mengizinkan saya menggunakan barang-barang di dapur serta memberi sokongan moral terhadap anak perempuannya yang sedang berusaha separa bersunguh-sungguh untuk memahirkan diri dalam bidang masakan.

malangnya gambar-gambar chocolate chip cookies yang berjaya saya hasilkan tidak dapat dipamerkan di blog ini buat sementara waktu kerna masalah teknikal (dem,lupe amik kabel untuk transfer gambar kat angah...ces2~).but those pictures will be uploaded later.

mama cakap cookies yang saya buat lebih kurang macam saya...chubby!!!huahuahua,yang chubby tuh la yang sedap dimakan,kan kan??


kebelakangan ni,semangat saya berkobar-kobar untuk memasak.entah mengapa,terasa memasak sangat FUN. macam hari ni, saya rasa sungguh satisfied bila dapat buat cookies...baru sekarang saya tau apa yang menyebabkan some of my friends begitu berminat dengan aktiviti menghasilkan makanan yang enak lagi mengenyangkan perut ini...huhuhuhu~

erk...tibe-tibe teringin makan sushi la pulak.nak sushi...yeah!nak sushi jugek..yeah!!!tapi..now da dekat pukul 10.mane la nak cari sushi.uwaaa...keciwanye!!!!kene tahan nafsu makan sushi sampai esok aa jawabnye.sabar yer wahai nafsu makan..ko ni demand melampau.cube mintak roti canai ke,burger ke..boleh jugak aku redah cari memalam cam ni.ni demand sushi...hampes tul...aiyok.

perasan girang masih bersisa lagi di hati saya di atas kemampuan saya menghasilkan chocolate chip cookies yang chubby dan kiut.hahaha,timbul perasaan riak la pulak.ish2,tak elok begitu wahai Hidayah.tak boleh riak-riak ni.Allah tak suka orang yang riak.karang dapat balasan baru tau.insap...insaplah!

saya suda hilang idea untuk mencoret.saya mau berenti.saya mau tengok tv sambil makan cookies.saya nak jadi macam resakse biru dalam cite Sesame Street yang suke makan cookies tuh...anyone,tau name makhluk tersebut...????

(Selepas detik 12 tengah malam,13 Mac 2008)

Hoyeahh...!!!
saya sudah berusia 21 tahun!
(Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur saya sehingga kini..)
Thanx a lot to my friends for the birthday wishes..especially to Ferry (my ex-roommate) for calling me 5 minutes before 12 midnite..(",)


 
posted by HidayahSham at 12:18 AM | Permalink |


3 Comments:


  • At March 13, 2008 at 7:03 AM, Blogger Azrin L.

    haha knape bley tersame ni dayah?
    kite pun baked choc chip cookies smlm. hihihi kebetolan2 :)

     
  • At March 13, 2008 at 9:50 AM, Blogger fara-D

    shamuuuu!!!! happy birthday! no wonder trasa nk bgn pagi n felt something somewhere...check kalender ngn blog ko...baru terkompem something ittew! weeehu!!!

    well....da nyanyi tadi tp nervous lah... tu pasai sore i mcm org saket tekak! =))

    "selamat hari jadi
    selamat hari jadi
    selamatharijadishamoodearie....
    selamat hari jadi!!!!"

    mwah! may Allah bless u always with lots of love and happiness throughout ur journey of life... miss u always and thanks for bening such a cute, adorable and a great friend!!mwahs and hugs!~

     
  • At March 13, 2008 at 10:18 AM, Blogger HidayahSham

    Ajin-huhu,instinct kite serupe la pulak dis time.nak rase ur cookies tau..hehehehe~happy holiday ajin..take care!

    Fara-D tomei-huahuahua,kantoi aku baru bangun tido aa.sore cam serak2 amy search..kui3.tapi nape u nervous eh..ale u ni kan dengan i pon nak nervous.cucuk lubang idong kang...=P

    btw,thanx a lot for the wish dear.time kacih jugek kerana menjadi sahabat aku walopon aku ni kadang-kadang weng..huahuahua~

    miss u too fara-D tomei..nak jumpe ko lagik!!ngehehehe..(",)