Friday, March 28, 2008
aiyok..FYP!!! + hoyeah..Euphonious'08!!
huaa..saya sungguh malas nak buat FYP report!!!

FYP 1 banyak sangat documentation kene buat..antaranya ialah proposal,preliminary report,progress report,interim report...bla bla bla.saya paling malas nak buat documentation sebab nak kene mengarang bagai nak buat satu novel.da le saya tak suke mengarang ni.haish..bosan2~

tapi apakan daya...ni la beban untuk final year student macam saya.rasa tak sabar je nak grad,sebab taknak buat report dan juga FYP 2 yang lagi mencabar minda.tapi kalo tak lepas buat FYP,sah2 la saya tak buleh grad.jadi,nak tak nak kene jugak la mengadap FYP ni sampai hujung tahun,insyaAllah.

beberapa hari yang lepas,saya saje sembang dengan member2 satu course.kami berura-ura macam mau extend sahaja untuk FYP 2 sebab rasa tak mampu nak memberi tumpuan kepada FYP 2 dan jugak subjek2 laen yang kami amik untuk next semester.kami pon berpikir untuk extend satu semester just for FYP 2.maknanya satu semester kami habiskan untuk siapkan FYP 2 semata-mata.FYP 2 lagi menyakitkan kami sebab nak kene implement segala benda yang kami dah mention dalam report2 kami.tu yang kami tergerak hati nak extend.tapi tak confirm lagi la nak betul2 extend ke tak..tengok pada keadaan semasa gak.if rasa boleh handle FYP 2 next semester,redah je la kot.

huaa..hari ni time kelas IB,saya betul2 mengantuk tahap gila baban.mata saya yang separuh terbukak tu time dengar lecture.bile time ade debate pasal Proton,saya hanya mampu mendengar tanpa mengambil kesempatan untuk mempertahankan pendapat saya yang Proton sepatutnya membuat perikatan strategik ataupun dalam bahasa omputihnye strategic alliance dengan syarikat dari luar negara.saya sungguh tidak bermaya time debate.nasib la debate tu kejap je.kalo lame,mau saya lena je dekat kelas.

malam ni,UTP akan mengadakan finale Euphonious'08 (Eupho).Eupho adalah satu event yang jugak dikenali sebagai battle of the band.band2 dalam UTP akan compete di preliminary Eupho untuk masuk finale Eupho.saya tak pegi preliminary Eupho last week sebab saya balik rumah...huhuhu.tapi malam ni saya sudah tentu akan meluangkan masa untuk pegi ke finale Eupho sebab last year saya tak berkesempatan untuk pegi finale Eupho'07.cuma, yang tak berape bestnye Eupho kali ni sebab takdak band pun dari batch saya yang join,sumenya pegi internship.so malam ni taktau nak support band mana.tengok la mana yang perform best,band tu la yang saya sokong...=P

ye yeah..saya sudah ade 3 tabung binatang.saya siap letak nama untuk tabung2 binatang saya.satu ketul tabung namanye Cing,sebab dia adalah seketul tabung berbentuk kucing.tabung yang kedua namanye Oyen,sebab dia tabung bear yang berwarna oren.tabung yang last sekali namanye Ijo,sebab dia tabung katak kaler hijau.saya beli 3 ketul tabung sebab saya nak asingkan syiling 10 sen dalam Cing,20 sen dalam Oyen, 50 sen dalam Ijo.untuk syiling 5 sen dan duit kertas, saya letak dalam satu tabung laen.saya rasa satu kepuasan bila tengok tabung saya penuh (buat masa ni, baru suku penuh...huhuhuhu).insyaAllah,target saya adalah untuk memenuhkan ketiga tabung ni by the end of this year.hurm,agak2 boleh sampai RM1000 tak kalo tiga2 tabung saya tuh penuh eh...???

saya nak mengtransfer gambar dari digicam ke laptop sat.saya duk tangkap gamba sampai full memory card.huhuhu...(",)

(bila saya diam,bukan bermakna saya benci.cuma,saya tak pasti saya mampu biarkan hati saya dilukai lagi...saya perlukan masa untuk berfikir...)
 
posted by HidayahSham at 5:19 PM | Permalink |


2 Comments:


  • At March 28, 2008 at 8:45 PM, Blogger PurpleStarz

    WA Dayah...sampai nak extend gara2 FYP...huhuhu..tp hopefully u o tak buat decision utk extend.u o can do it

    bestnya ada 3 tabung.sy xder tp make sure akan simpan syiling.suke tgk syiling byk2...

     
  • At March 29, 2008 at 10:58 AM, Blogger HidayahSham

    huhu..tu plan je rox.tak confirm lagi nak extend ke tak.tu la,hopefully next semester saya bole buat FYP.riso ni...isk.

    saya pun suke tengok syiling banyak,tu pasal saya beli tabung.tabung yang see through tu...=]