Wednesday, January 28, 2009
Kawan2, tolong jawab questionnaire ni eh.XD
kepada kawan2 saya,saya ingin meminta jasa baik anda untuk menjawab questionnaire ni.just klik je kat link bawah tu eh.questionnaire ni utk Final Year Project(FYP) saya.tolong ye kawan2.jasa kalian akan saya kenang.

Stress & You Questionnaire

Thanks ye kawan.XD
 
posted by HidayahSham at 12:58 AM | Permalink | 8 comments
Thursday, January 22, 2009
kong si kong si kong sini
Chinese New Year da nak dekat.kalo gi supermarket(kat Taiping ade supermarket je,shopping mall besar2 takde aa~),musti kedengaran lagu2 untuk CNY.zaman kecik2 dulu duk nyanyi lagu ni la,walaupon tatau ape makne dia.

'Kong si kong si kong sini.. yeah!'
'Kong si kong si kong sini.. yeah!'

kat umah da ade sekotak buah limau.kalau time ayah duk keje,mesti berkotak-kotak buah limau ayah dapat sampai siap sedekah kat jiran tetangga sebab tak mampu abeskan.hari2 duk ulang makan buah limau,sampai kene CiBi (cirit birit..:P).tapi sekarang ayah da pencen,maka berkuranglah bilangan kotak2 buah limau yang ayah dapat.hoho.takpe2,satu kotak pon jenuh nak abeskan.

semalam ke UTP bersama si Aimi,rakan seUTP.dia ni perangai lebih kurang cam mama saya.naek2 keta da bawak segala macam bekalan.cokelat la,buah limau la(limau lagik~).tapi bagus jugek sebab takde la rasa kebulur.so sepanjang perjalanan,keje si Aimi adalah mengoffer saya makan buah limau yang beliau tolong kopekkan.time kaseh Aimi.

owh.hamster yang adik saya bela da selamat melahirkan 7 ekor anak hari selasa lepas.tapi tadi check kat sangkar da tinggal 4 ekor jak.tatau mana ilang lagi 3.mungkinkah si ibu,Lala telah memamam anak2nya??saya tak pasti tapi memang confirm ade 4 ekor je anak hamster.logik tak kalau si ibu hamster makan anak2 dia? saya taktau bab2 ibu hamster bersalin ni.first time jaga si ibu hamster.naseb la ade Internet,sempat la saya menggoogle pasal newborn hamster.yang pastinya saya takleh sentuh baby2 hamster tu selama 2 minggu sebab takut nanti baby2 hamster tu hilang bau.bila hilang bau,si ibu hamster takkan jaga baby2 hamster tersebut sebab dia ingat baby2 hamster tu bukan anak2 dia.itu saje yang saya tau.

tadi time dinner,saya makan nasi campur sup.tatau ape nama sup tu.ayah beli kat pasar malam.sup tu agak pedas.tekak saya pule maseh terasa pedih2.saya gi redah makan sup tersebut.maka terbatuklah saya macam nak mati.siyes!saya batuk yang non-stop sampai terkeluar air mata sebab terasa tekak gatal2 bile telan sup tersebut.sekarang rasa lega sikit setelah meneguk air masak dalam kuantiti yang banyak.(jenuh aa gi toilet malam neh,pundi kencing saya musti full.hukhuk!)

okeh.suda abes.mau tengok movie pule.XD

 
posted by HidayahSham at 11:18 PM | Permalink | 3 comments
Tuesday, January 20, 2009
tipah owh tipah
hoyeh!!saya berjaya hasilkan 2 entri dalam 1 hari.tahniah kepada diri sendiri.

erk,rasa macam otak da weng teruk neh.saket tekak maseh tak beransur pulih kerana saya asyik minum air sejok.tapi..tapi,hari ni macam extra panas.maka saya pon terpaksa minum air sejok.(alasan semata.XD)

dalam entri sebelum ni,lupe nak mention yang saya membantu mama membuat kuih limas.kepada sesapa yang kurang pasti apakah kuih limas,klik sini untuk mengenali rupe bentuk kuih tersebut.time kaseh.

dah lama tak tolong mama buat sarung kuih limas,rasa macam terkial-kial pule.saba je la.owh,tadi macik sedara saya yang jugek jiran saya memperkenalkan saya kepada si Tipah.Tipah bukan seorang manusia okeh.Tipah adalah seekor anak munyet.diulangi,seekor anak munyet.Tipah takut dengan saya.dia asik duk berpaut pada macik sedara saya yang dalam fikiran dia adalah mak dia.ape la Tipah ni.Tipah owh Tipah,ko jadi Tipah Tertipu la weh!!(macam le si Tipah ni bole baca blog neh.adoyai~)

*otak weng kembali*

ape neh,kisah si anak munyet pon ada dalam blog saya.aahhh,abaikan saja.lebih baek saya berenti menaip dari terus merepek tak tentu hala.
 
posted by HidayahSham at 8:59 PM | Permalink | 4 comments
saket tekak
bangun2 pagi,tekak saya rasa pedih.

aish,kenapa jadi begini.bile tekak tak berapa sehat,tak dapat la saya makan dengan nikmatnya.adekah sebab saya duk melalak sorang2 time tgk AJL,sampai tercedera anak tekak??mungkin ye,mungkin tidak.but who cares??

rasa macam mau makan ubat,tapi diri ni terasa malas.erk,kalau makan ubat pon malas,macam mana mau sehat??

malam semalam kemas almari,jumpe macam2.dari report card tadika sampai ke perjanjian dgn sponsor terchenta,Petronas.tu la,slalu bukak almari main letak je sume benda.takde rasa nak kemas,buang mana2 yang patut.kan dah banyak harta pusaka terkumpul.kalau mati nanti,nak amanahkan kat sape ye barang2 neh?

aisey,lambat pule GG episod baru nak release.tak sabar nak download neh.kaman2,SAYA MAU GG EPISODE 16!!!

okeh,dah takde benda nak taip.it's lunch time~XD
 
posted by HidayahSham at 1:48 PM | Permalink | 7 comments
Monday, January 19, 2009
indie bands rox!
tadi tengok AJL.sangat gembira MUH menang.indie bands rox!!uhuhu..drummer estranged,sangat2 cool.drummer MUH jugek!
(kenape tibe2 suke drummer neh...aish2~)

lepas abis tengok AJL,layan dvd Bolt yang baru saje dibeli hari ni.saya da tengok cite ni kat cinema dengan adik saya.tapi tebiat saya,bila saya suke sejenis cite animasi 2D/3D yang chomey2,saya akan ulang tengok cite tersebut.same goes with Bolt.maka saya mengepau duit ayah untuk membli dvd Bolt neh.actually saya suke tengok watak Mitten si kucen itam betina yang kurus tu.ohoho,dan saya jugek telah mendownload seketul OST Bolt, Jenny Lewis - Barking At The Moon.so sekarang tengah layan lagu tersebut.saya suke lagu ini.lagu ini best.time kaseh.

emm..cite sedih jap.2 ekor anak kucen belaan saya telah tiada.Kenny dan Madonna (nama mereka best kan.sile setuju~) telah meninggalkan saya semalam,masa kematian mereka tidak dicatat tapi yang pastinya waktu pagi.saya tak tau ape sebab kematian Kenny,tapi Madonna mati kerana sakit mulut.Madonna chomey.bulu dia kembang warna kelabu,muke dia penyek,tak seperti muke kucing2 laen.muke dia sangat unik.Kenny pule seakan-akan Mitten dalam cite Bolt.mata dia besar,tapi badan dia kecik.pelik juga sekali pandang.2 kali pandang,rupe2nya kepala dia besar dari badan.emm,lepas ni takde la anak kucen untuk dimanjekan.isk isk.

okeh,sudah malas untuk menaip.ciao~
 
posted by HidayahSham at 1:56 AM | Permalink | 0 comments
Thursday, January 15, 2009
Undangan Majlis Perkahwinan

al-kisahnya petang tadi....


Walimatul Urus

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Shamsuddin Bin Hj. Ghazali

dan

Hamimah Binti Md. Dom


Dengan izin Allah yang hati-hati kami berada di tanganNya,

kami mempersilakan


Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Suami/Isteri

ke majlis perkahwinan puteri kami


Nurhidayah Binti Shamsuddin

dengan pilihan hatinya

Anonymous

pada 1 Januari 20??


Semoga kehadiran serta dia restu dari para hadirin

sekalian memeriahkan lagi majlis dan diberkati

Allah SWT hendakNya.

Terima Kasih, Wassalam




'kakchik...mangun2.tak elok tidur lepas asar.gi amik adik kat sekolah agama.ish budak nih.'suara mama sayup2 kedengaran dari luar bilik.

*bangun dengan perasaan tak percaya.*

aisey mama neh,orang tengah duk syok mimpi baca kad jemputan kawen sendiri,tiba2 mama kejut pule.tengok tu,sampaikan nama pengantin lelaki pun takdak.letak anonymous saje.tarikh kawen pon tak complete.tahun bile tu weh??.adoyai.dah la tak nampak muka si bakal pengantin lelaki tu,samar2 je dalam mimpi.malu ke dia dengan saya?isk2.saya tak malu pun,kenapa dia nak malu neh.

*******************************************************************

okeh2,saya telah kembali ke alam nyata senyata-nyatanya.walaupun mimpi tu macam best,tapi endingnye takde.sape pengantin lelaki???tak puas hati betul.

entri kali ini bukan tentang saya nak kawen,tapi sebenarnye tentang perkahwinan rakan seMRSM saya,Nor Syafinaz a.k.a peanut ko-op.beliau bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Februari 2009.klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang undangan perkahwinan rakan saya neh.

setahu saya, so far ada 2 orang rakan seMRSM saya yang dah bergelar 'Isteri'.tahniah untuk mereka.tapi ye la kan,usia dah makin meningkat,masing2 dah 22 tahun (saya aa) ,23 tahun.maka time2 ni la rasanya dah start bersiap sedia untuk bertukar status,especially kaum Hawa la.ada yang merancang nak bertunang,yang da bertunang tapi tengah kumpul duit untuk kawen pun ada jugek.orang kata dah sampai seru untuk berumahtangga.

emm,saya rasa macam baru je habis spm.tak percaya yang sekarang ni dah hampir nak masuk umur 22 tahun.bila dengar cerita member2 nak kawen,baru la terasa usia dah semakin meningkat.sebelum ni rasa macam maseh belasan tahun ala2 sweet 17 gitu.cepat sungguh masa berlalu.

lepas ni giliran siapa pule ye..saya nak tanda kat calendar awal2.huhu.XD

aiyok..esok mau ke UTP kembali.menci2!


p/s: kotak pesanan@cbox saya tidak dapat digunakan buat sementara waktu.harap maaf.


 
posted by HidayahSham at 11:19 PM | Permalink | 7 comments
Thursday, January 8, 2009
Saya diTAG
saya diTAG oleh fara-D chomey.

1.Do you think u are hot?
adakah saya fikir saya panas?emm,sekarang tak kot sebab hari ni hujan lebat maka agak sejuk aa malam ni,plus saya baru lepas mandi.so saya sejuk,saya tak panas.*tak menjawab soalan aa ko neh!*


okeh2,saya rasa saya biasa2 saja.kalau la saya ni HOT,mungkin saya akan ada 1000+ rakan dalam friendlist friendster saya.saya rasa,saya ni suam-suam kuku.tak sampai tahap boiling point lagik.(apekah?)


2. Upload your favorite picture


3. Why do u like this picture?
zaman muda dolu2.final year 1st semester to be exact.best siot time ni.kitaorang baru balik dari Pizza Hut Batu Gajah sempena meraikan birthday saya.disebabkan saya punya birthday,saya la kena belanja.pelik kan rule tersebut.tapi kami suka mengaplikasikan rule ini sebab boleh makan besar/open table ramai2.snap guna Sony A300 pakla,si jejaka di hujung sekali.sebelah beliau cik yun,saya di tengah (saya suka jadi centre of attention okeh!),keram dan di hujung kiri si rumet saya saza.time ni pukul 12 lebih dekat nak pukul 1 pagi.naseb la pakgad tak halau kitaorang.(rindu la time2 macam nih...isk2~)


4. When was the last time u ate pizza?
agagaga..tak teringat pule.sejak bercuti semester ni,perut saya selalu diisi dengan masakan mama.jarang makan 'makanan2 cepat kenyang tapi nanti cepat lapar kembali' @ fast food.my mama's cooking is the best!kalau di campus,mungkin saya rajen menjamah makanan2 cepat kenyang tersebut sebab da bosan makan lauk2 kat cafe dalam campus.


5. The last song u listened to?
Atilia - terbang ke awan

dengar time drive ke kedai,bawak syira si adik memfotokopi kerja2 dia.saya sangat suka lagu ni sebab saya boleh berangan jadi FA(flight attendant) untuk seketika.kalo betul2,rasanya saya tak lepas kot jadi FA.diri ini tak cukup tinggi.aish2.saya mau TINGGI!(hidayahsham,sila jadi manusia yang bersyukur dengan ciptaan Tuhan.)


6. What are u doing now besides this?
menjenguk blog2 orang laen sambil meninggalkan komen.owh,mungkin azam saya tahun ini ialah meninggalkan komen di blog2 orang.XD


7. What name u prefer besides yours?
saya suka nama saya sekarang.tapi kalau la saya diberi pilihan untuk ada 1 lagi nama tambahan,saya mau nama..emm...*otak blank..........*

adoi..asal soalan ni macam nak suh saya berpikir.saya takde idea la nak taruk nama ape....*otak blank lagi.......*

aha..saya mau nama Mia Sara,macam nama anak Afdlin Shauki.saya suka nama ni sebab Afdlin nyanyi lagu ni khas untuk anak dia,dan lagu itu sedap.(imagine ayah nyanyi lagu khas untuk saya...hukhuk,ayah kene nyanyi lagu nasyid aa jawabnye~)


8. People i Tag
1.Alin UTP
2.Pia
3.Farah MMU
4.Pesha
5.Cik Amoi


9. Who is no. 1?
rakan seUTP,seTaiping.saya baru lepas menjenguk blog beliau.secara automatiknya nama beliau terappear dalam otak saya untuk ditag.


10. No. 3 is having relationship with?
adoiyai..kena tuka susunan balik nih.beliau adalah rakan blogger terbaru saya.diulangi,TERBARU.mana mungkin saya tau beliau ada hubungan dengan sesiapa.isk2.


11. Say something about no. 5.
Cik Amoi yang putih sama macam amoi.di blog beliau ada anak2 ikan untuk dipelihara.hoit,bukan 'anak2 ikan' okeh.aish~


12. How about no. 4?
beliau rakan sepraktikal dengan no.2.beliau rakan seTaiping saya jugek.bahkan kami sama sekolah menengah di SMKTT.beliau seorang bekas pengawas yang rox.(pesha,aku da angkat ko ni.pe lagi,oldtown ye.hukhuk~)


13. Who is no. 2?
si no.2 adalah bekas mangsa buli saya dolu2.hukhuk2.tapi saya takde aa dera zalim2.setakat dera manje2 gitu,kan pia kan.muahuahua.beliau rakan seSMKTT,seMRSM,seMATRIK..eh,bukan2 satu matrik.beliau pegi ke MMU jauh nun di Melaka,tapi kini di Cyber pule.saya hanya berlegar-legar di UTP saje.beliau sedang berpraktikal dengan riang hati di TM Taiping.best sungguh kehidupan beliau sekarang.saya dulu praktikal di Melaka,biasa2 saje.(aku jeles aa dengan ko pia!)


suda abes tag.hoyeehhh!mau makan pule.lapor weh~



 
posted by HidayahSham at 9:43 PM | Permalink | 7 comments
dangerously sexy?Nahhh~
akhirnya,tercapai jugek niat saya nak menukar template blog saya.dari pukul 8 bertukus lumus di depan laptop,sekarang baru nampak hasilnya.

chup..sapa2 yang datang menjenguk blog 'baru' saya ni,sila abaikan ayat yang terletak di atas tu ye.tak de langsung relate dengan owner blog ini.i'm soo not dangerously sexy.so jangan takot2 ataupun berfikir yang bukan2 ye..huahuahua~nanti2 saya edit.malam ni da takde energy.ni pun saje2 nak try letak entri baru untuk blog 'baru'.XD

owhh..esok nak jogging di lake garden.kalau tak terbangun awal,saya kena tinggal di rumah sorg2.tamau2!

saya mau babum..katil,ko tunggu kedatangan aku ye beradu dengan ko.sabar ye dear..*sungguh biol otakku,bole bermesra dgn katil sendirik*

selamat emm..pagi semue.tata..xoxo (dem,nak tiru GG betui aku neh..isk~)
 
posted by HidayahSham at 1:35 AM | Permalink | 4 comments