Sunday, September 21, 2008
kelmarin..semalam..hari ini
Kelmarin (Jumaat,19 September 2008)

mood saya kurang baek lepas bukak puasa.actually, saya found out pasal seseorang yang..saya rasa menipu saya.saya rasa marah.sangat2 marah.if ikut rasa hati yang tengah panas, memang nak sound direct je dekat seseorang tuh.tapi..tapi,mungkin berkat bulan Ramadhan yang mulia ni, saya berjaya mengawal perasaan marah saya.instead of doing something that might be considered as a stupid action,i decided to go play squash at sport complex.time saya gerak gi sane,da pukul 11 suku.

sampai sport complex,saya terus ke squash court.naseb saya baek sebab ada satu court kosong.if semua court full,terpaksa la saya tunggu dulu sampai la ada org stop maen.saya pun maen squash sorang2,saya lepaskan kemarahan saya dengan memukul bola kuat2 macam saya pukul kepala seseorang tuh.sungguh puas rasa hati ni.dalam pukul 12, saya stop maen sebab mood da ok plus badan da letih.

memula ingat nak terus balek,tapi saya lalu kat volleyball court,saya ternampak group of girls tengah maen volleyball.saya pon singgah la kejap,tengok diaorang maen.huaaaaa,bile tengok diaorang maen,teringat zaman muda2 maen volleyball kat maktab.rinduuuuuuuuuu giler nak maen volleyball!!!!!sambil tengok budak2 ni maen,saya bersms dengan fara-D chomel,saya bagitau yang saya duk usha budak2 maen volleyball.lalu kami pon berkongsi cerita yang kami ni sama2 mandom sekarang...(fara,sorry ye terbocor rahsie ko..tapi yang pastinye aku lagi mandom dari ko!!hehehe~).tapi budak2 ni maen,tak macam saya dengan team mates maen dekat maktab dolu2.diaorang maen kan...cam tak kecoh macam kitaorang.i think they lack of communication between them.saya dengan team mates dolu2,bila maen je mesti jerit "Mine!" yang bermaksud kami akan sambut bola..then kitaorang kira berapa kali bola tu melantun before kitaorang pass bola tu kat pihak lawan.so bising la area volleyball court maktab kitaorang dengan suara2 seperti "Satu!", "Dua!", "Tiga!" everytime kitaorang practice volleyball.the reason kitaorang bising2 camtu so that kitaorang tau sape akan sambut bola untuk mengelakkan pertembungan antara team mates.ni kalau senyap, team mates masing2 nak sambut bola, alih2 bola ke mana,team mates jatuh.huuuu...ingat lagi pesan Sir,coach kitaorang dulu.dia suh kitaorang communicate sesama team mates.

dalam pukul 12.30, budak2 ni pon habis maen.saya pun gerak nak balek.tapi bile sampai kat motor,tibe2 rasa macam dahaga sangat2.saya pon gi la taman maju,singgah kat deli planet tapau makanan untuk sahur dan jugak ke 7 eleven beli air.dalam pukul 1 lebih saya pun sampai ke hostel.




Semalam (Sabtu, 20 September 2008)

Saya terserempak dengan saza time nak naek ke bilik saya which is tingkat 5.saya naek dulu,saza lepak kat bawah.on the way naek tangga,baru la saya teringat yang saya tak bawak kunci bilik.nak patah balik turun bawah amik kunci kat saza,saya da tak larat.saya pun naek dulu,tunggu kat dapur sementara nak tunggu saza naek.so tunggu punya tunggu, saza naek.saya pon mintak kunci kat dia.dia cari dalam wallet dia,takde pun kunci.rupe2nya,dia pun tertinggal kunci dalam bilik.sudah,masalah da datang pulak!!!!

time tu da dekat pukul 2.saya dengan saza cam blur sat.lama sikit,saya teringat nak contact RSCU untuk mintak master key so that kitaorang boleh bukak pintu bilik.hurmmmmmmmm....dipendekkan cerita sebab if cerita panjang2,nanti saket hati jek.yang pastinya,if da diberi tanggungjawab sebagai RCSU member,tolong la buat kerja dengan baek dan ikhlas.jangan sebab nakkan jawatan je.ape2 pon,thanks dekat sorang RCSU member yang betul2 berdedikasi menjalankan tanggungjawab dia.sejuk sikit hati ni.

kitaorang kene tunggu sampai pukul 6.15 pagi untuk dapatkan master key.masing2 badan da saket plus letih.ada pulak orang nak tinggi2 suara kat kitaorang time amik master key kat office RCSU.saje cari nahas aa tu.saya time letih2,mulut sound direct je kat orang yang kurang berbudi bahasa,tinggi2kan suara kat kitaorang.ingat kitaorang suke2 hati ke call2 RCSU member pagi2 buta tanya pasal master key.kredit baru top up pon habis gara2 call diaorang.at least suara tu lembut la sikit,kan tengah bulan puasa ni.ni treat orang laen macam kita ni budak2 je.ape lagi,saya meluahkan segala rasa tak puas hati saya.senyap budak tu.oho,karang dia cakap saya tak cakap terima kasih kan.mana la tau kot2 la dia terjumpa blog saya ni,saya ucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH sebab tolong kitaorang.laen kali,if available sampai pukul 12 malam, sila la mention dekat organizational chart RCSU.takde la kami students ni call after 12.kami pon bukan tak boleh membaca.ni tak mention,lepas tu emo2 time cakap dengan saya.dia fikir saya tak emo ke,kene tunggu sampai pagi semata-mata nak dapatkan master key.huh~

gara2 tak cukup tido waktu pagi,saya dengan saza cukupkan waktu tido kami dengan membabumkan diri dari pagi sampai la dekat pukul 3.huhuhu.siyes badan sangat letih sampai kitaorang tido tak sedar diri.bile da cukup tido,baru la rasa badan ni ok sikit.saza ajak saya bukak puasa kat ipoh parade dengan ajin,bubub,sya,funna,menyu dan jugek mimie.diaorang nak makan buffet kat Iro Iro Restaurant.sorang bayar rm28.50.saya pun pikir punye pikir,alih2 ikut aa diaorang.dalam pukul 5 kitaorang gerak dari UTP.mula2 singgah kat CIMB Bank dalam campus sebab nak withdraw duit.tapi sekali ramai pulak orang beratur.kitaorang pun gerak gi Maybank ATM kat petrol station Petronas on the way nak ke Ipoh.kat situ pon ramai jugak,tapi sebab malas nak stop mane2 dah,kitaorang pon beratur aa.time kitaorang beratur,ade aa 2 orang mamat PATI ni nak withdraw duit.lama gila tunggu diaorang sampai ada sorang pakcik ni yang beratur belakang kitaorang,gi tanya mamat2 ni ape diaorang nak buat.rupe2nya diaorang ni tak biasa guna ATM.patut le lame semacam.haissshhhh.

lepas diaorang withdraw,ajin withdraw pulak.malangnya,duit tak keluar tapi resit je keluar.ajin try skali lagi,duit tak keluar,resit pun tak keluar.saya try pulak,sama jugak macam ajin,duit dengan resit tak keluar.dalam hati saya da terdetik takot transaction tu jadi walaupon duit tak keluar.tapi untuk tenangkan hati ni,saya pikir positif.kami pon teruk gerak menuju ke ipoh parade,kat situ kami try withdraw lagi.seperti biasa,kami terpaksa beratur agak panjang jugak.bile sampai turn saya,saya check dulu balance before withdraw.huaaaa,memang transaction kat petrol station tu jadi!!!!!!duit saya da berkurangan dari nilai sebenar.uwaaaaa!!!!

saya dengan ajin pon bersepakat untuk check transaction kitaorang through cimbclicks balik dari berbuka.jadi kami pon beramai-ramai ke Iro Iro Restaurant.sya,menyu dengan mimi da sampai awal.diaorang da gi amik makanan pon.huahuahua,kami cam sangat2 teruja tengok makanan2 yang terhidang untuk kami.ada spagetti,sushi cumel2,ade steamboat,plus daging bakar,udang bakar,ayam bakar..kami terujaa!!!!lepas masing2 da amik makanan,baru kitaorang sedar yang meja kitaorang da full dengan pinggan.huahuahuahua.sementara tunggu waktu berbuka,maken lama maken ramai orang datang ke Iro Iro Restaurant.tapi yang datangnye bukan orang luar,tapi student2 UTP jugak.bak kata mimi dengan menyu,Iro Iro Restaurant tu da jadi cafe baru student2 UTP.huahuahua.kalau betul aa ade cafe camtu,best gile aaa lepak kat UTP.takyah susah2 gi ipoh da.huuuuuu~

masuk je waktu,kami makan sikit,then terus gi solat dulu.kat surau ramai pulak orang nak solat.tapi disebabkan kami agak awal,so dapat la solat dulu.da lepas solat,laju je kami patah balik ke Iro Iro.sampai2 je kat sane terus duduk lalu menjamah makanan yang siap terhidang di depan mata.saya amik spagetti lebih sikit sebab spaggeti tu cam makanan utama,then amik aaa sushi 3-4 ketul as side dish,then makan steamboat yang best gile.daging bakar,ayam bakar saya pau menyu dengan ajin punye.huhuhuhu.kitaorang makan agak lama aa,dari pukul 7.45 sampai dekat pukul 9.lama bukan sebab ape,sebab nak relax selepas makan coz badan masing2 da berat nak berjalan.perut saya yang memang full gile2 aaa.ade ruang untuk bernafas je,ruang nak makan da takde.huuuuuuu.lepas abis makan,kitaorang pusing2 aa masuk kedai2,tengok baju,gi Watson's.saya da surrender time pusing2.saya duk kat kerusi,member2 saya je gi jalan sebab perut cam rasa senak.

dalam pukul 10 kitaorang gerak balik UTP.masing2 da macam ular sawa kekenyangan tahap melampau.tapi disebabkan lagu2 Estrella dari hp ajin,kami berjaya untuk tidak tertidur dalam kereta.ajin pasang lagu Stay,Take It Slow dengan Ternyata.saya,saza dengan ajin da berkaroake beramai-ramai kat seat belakang.huahuahua.rasa fun bile nyanyi lagu Stay ramai2.best2~

sampai UTP dalam pukul 11.saya gi melepak kat rumah ex-housemates saya,gossip2 plus tengok si ferie merie shopping barang2.huahuahua.saya tak sempat nak shopping tadi sebab malas gila nak berjalan.dalam pukul 12 saya naek ke bilik,tapi tak terus mandi.saya online dulu,tengok video,layan2 lagu.kul 1 baru mandi,solat,then online balik.pukul 2 lebih kot,si wawa buzz ajak gi kedai mamak.time tu perut cam da ok sikit,so saya ikut je la.pegi la kami bertiga bersama si yana ke kedai mamak,semua order megi goreng.makan2,sembang2 semua..pukul 3 lebih kami balik ke campus.pukul 4,saya baru nak tido.pukul 5,saya bangun sahur.haaaaaa,pening sat tido sejam,pastu bangun pulak sedangkan tengah mengantuk tahap gaban.lepas sahur,tunggu masuk waktu,solat subuh...then babum balik sampai la pukul 12.huahuahua.weekend ni asyik bangun lambat je gara2 tido lambat.hampeh tul.kalau mama tau,mesti mama bagi ceramah free.huhuhuhuhu~



Hari ini(Ahad,21 September 2008)

hari ni,saya lepak2 kat bilik je.ingat petang ni nak gi bazaar ramadhan,beli nasi kerabu dengan ayam goreng.huhuhu.da mengidam makan nasi kerabu.hari ni da hari ke 21 puasa,mintak2 la saya boleh puasa penuh tahun ni.da alang2 nak dekat abis puasa,biar penuh puasa,tak yah nak ganti2 puasa.hehehehehe.

huuuu..hari macam nak hujan.mintak2 aa tak hujan.kalo hujan,saya takleh gi bazaar.nak nasi kerabu!!!!~

nak tengok tv la sat.da start rasa mengantuk.huhu.ciao~
 
posted by HidayahSham at 2:02 AM | Permalink |


0 Comments: