Tuesday, May 27, 2008
My true color is GREEN!
Take this test!
You're green, the color of growth and vigor. Good-hearted and giving, you have a knack for finding and bringing out the best in people. Green is the most down-to-earth color in the spectrum — reliable and trustworthy. People know they can count on you to be around in times of need, since your concern for people is genuine and sincere. You take pride in being a good friend. For you, success is measured in terms of personal achievement and growth, not by status or position. Rare as emeralds, greens are wonderful, natural people. It truly is your color!

Labels:

 
posted by HidayahSham at 6:14 PM | Permalink | 1 comments
Saturday, May 24, 2008
i love digsby!
hari ni saya mencuba satu application baru which is Digsby..sumenye gara2 saya baca pasal application ni dekat blog Nad.jadi,secara tidak langsung Nad telah mempromote Digsby kepada saya.Arigato gozaimasu Nad!


saya nak cite banyak2 pasal application ni,ikutkan saya pon baru je guna starting today.tapi so far, saya berpuas hati dengan functions dalam Digsby.simply put, Digsby is a social network application yang quite similar to Yahoo Messenger as well as Gtalk.but what makes Digsby so interesting is that it the user can sign in to 7 different Instant Messenger (IM) accounts just by using this single application.contoh IM yang saya slalu guna sekarang ialah YM dan jugek GTalk. other than these 2 IMs, Digsby also support IMs such as AIM,MSN,ICQ,Jabber and Facebook Chat.Once i successfully logged in into Digsby account,saya akan online dekat YM dan jugek Gtalk simultaneously. isn't that great?tak payah susah2 bukak YM dan Gtalk.bagi saya,ini amat memudahkan!


selaen daripada tu,Digsby jugak ade function di mana kita akan dapat new email notifications if we receive any new emails.contohnya saya ada 2 emails, yahoo mail dan google mail.if sebelum ni saya kene check email account saya to make sure that whether i receive any new emails,sekarang tidak lagi sebab everytime ada jak email baru,Digsby akan terus bagi notification.


lagi satu benda saya suka pasal Digsby ialah saya boleh update Twitter through Digsby,saya tak perlu ke site Twitter,kena log in.menjimatkan masa dan jugek saya buleh update on the spot.saya suke!!


still,setiap benda kat dunia ni mesti ada kelemahan kan.Digsby pon buat masa ni ada 2 kelemahan yang agak ketara if nak dibandingkan dengan YM.one thing Digsby lacks of audibles,macam YM tu.emoticons ade,tapi macam tak best lak bile tak bole kasi audibles sebab audibles kan menarik,ade bunyik2 dan jugak animation skit.lagi satu benda yang kureng skit pasal Digsby kan ialah saya tak boleh BUZZ orang2 laen.huaa,cam susah kot nak bagi orang sedar yang saya pm dorang bila takde fungsi memBUZZ kat Digsby.agak kecewa jugak la bila ada 2 benda yang tak cukup kat Digsby.=\


tapi,secara keseluruhannya, saya boleh bagi 4 dari 5 bintang aa kat Digsby ni sebab functions dia memudahkan kehidupan saya sebagai seorang yang tak suka banyak page dalam 1 masa.lagging aa laptop ni.da aa RAM kecik...huaaa..erk, sat lagi merajuk jugak laptop kesayangan ni.gagagaga~


huhuhu..enough pasal Digsby.now nak cerita kerenah orang yang saya nampak time gi dinner dengan member2 baru kejap tadi.hari ni kitaorang makan dekat Tom Yam Tropika sebab dekat sikit dengan kampus,malas nak merayau jauh2.tengah kami duk tunggu order siap,kami pon layan la maen Royal Flush sambil menonton TV.time tu nak dekat pukul 9.saya da set dalam otak yang pukul 9 ada konsert final AF.saya pon berharap la ade orang tuka channel TV bila da pukul 9 nanti.dan sememangnya,tepat jak pukul 9,channel TV pon ditukar ke channel Astro Ria.hati saya riang jugak la sebab saya teringin nak tengok konsert final tu.tapikan bile start je montage konsert final AF kat TV,tibe-tibe saya terdengar alunan lagu dangdut yang amat la kuat dari kedai sebelah.kedai sebelah pon kedai makan jugak,tapi rasanya cam tak ramai orang lepak kat kedai tu.ramai orang lepak kat kedai yang kitaorang makan tadi.kedai sebelah layan karaoke siot.saya tak kesah if nak layan karaoke sebab kadang2 saye pon terfikir nak berkarok,tapi masalahnya sound dia kuat bebenor,sampai ilang suara kat TV kedai kitaorang makan tu.cume saya pelik 1 jek, bile iklan kat TV, elok je kedai sebelah senyap,tak dengar sape2 pon duk menyanyi ka,pasang lagu ka.tapi bile konsert AF sambung balik,dan dan tu jugak ada orang menyanyi,tak pon kedai sebelah akan pasang lagu ape2 aa.hurm,adakah ini salah satu cara kedai sebelah bersaing dengan kedai yang kami makan tadi??saya tak pasti,tapi yang saya tau saya amat la tertekan sebab saya tak dengar sound dari TV dan telinga saya macam bingit gara2 bunyi yang terlampau kuat dari kedai sebelah...lama2 boleh pekak kot.saya heran,cam mana orang kat taman perumahan kat situ boleh tahan bunyi kuat cam tu hari2.depa ni memang orang2 penyabar kot,tak macam saya,rasa panas jak satu badan...haisshhh~


bila kitaorang da abis makan,saya pon menjenguk la kat kedai sebelah,nak tengok sapa la jadi peserta tambahan untuk konsert final AF malam ni kan.tengok2,ada la sorang pakcik ni,rambut da beruban skit duk pegang mikrofon..time tu lagu baru nak start,dia pon duk ready aa nak nyanyi.saya geleng kepala je la...itu gelagat orang kan.


haha,siang tadik layan cite Mohabbatein dekat TV3.da lame tak layan cite hindustan.tapi yang peliknya bile saya tengok cite Mohabbatein tadik kan,saye duk gelak jek.maybe sebab saya duk bayang if real life,kita bole buat sebijik cam dalam cite tuh..bercinta bagai tak hengat dunia,i mean cam hidup ni semata-mata untuk bercinta jak.takdak matlamat laen..persoalannya,bolehkah cinta menampung kos hidup kita yang semakin meningkat,if kita duk ikut sangat perasaan cinta kita tuh?bagi saya,tak salah bercinta,tapi biar berpada-pada.jangan sampai sakitkan diri sendiri,lupa tanggungjawab kita.(huahua,cakap macam ada pengalaman jak saya ni....miahahahaha).


ok la..saya nak gi mandi.saya layan blog pon sebab nak rest dulu,tanak terus mandi lepas makan.ada orang cakap,kalo kita terus mandi lepas makan,nantik peyut jadi bun_ _ _.huuu,saya pon tak tau betul ke tak,tapi saya rasa tak selesa kalo time peyut tengah penuh.=]

Labels:

 
posted by HidayahSham at 10:03 PM | Permalink | 0 comments
Thursday, May 22, 2008
saya sedang TERTEKAN!

saya sangat TERTEKAN!


saya nak pegi pantai.
saya nak tengok LAUT yang luas.
laut menenangkan saya.
can anyone take me to the beach..please??

=\


 
posted by HidayahSham at 11:36 PM | Permalink | 0 comments
Monday, May 19, 2008
Tag : 7 Things
hari ni saya tak banyak cerita.oleh itu,entry kali ni hanya berkisar tentang tag yang Cik Aida suh saya buat..=]


7 Facts on HidayahSham
1. mula MENUNGGANG MOTOSIKAL bersendirian sejak berumur 9 tahun..tapi everytime nak start moto,kene mintak tolong angah startkan..huhu!!
2. tak tahan makan PEDAS..kalo redah jugak makan,30 minit selepas tu mesti cari toilet..huaa~
3. sangat suke KUCING..tapi tak boleh maen dengan kucing gara2 elergi...=\
4. suke LAUT..sangat2!!
5. tak pandai BERENANG....haishh~
6. bile tido,mesti pakai SOCKS.
7. bile da terlampau suke..saya bole menjadi seorang sangat OBSES dengan sesuatu @ seseorang..huahua!!


7 things that frightened HidayahSham
1. bila buat jahat tapi time buat jahat tu tak fikir takut,lama lepas tu baru la rasa takut..sebab what goes around,comes around. (tapi kadang2 tak sedar diri jugek...aiyok~)
2. ULAR..especially ular sawa yang besar2 tu..adey gile mak!
3. bukak ladang anggur a.k.a menganggur lepas grad nanti...ni lebih kuang cam fara-D gak.huhu..takut gak sebab da final year.
4. if Final Year Project 2 (FYP2) tak dapat dilaksanakan dengan jayanye since FYP2,saya kene hasilkan the actual product.sungguh pening wooo bile fikir pasal FYP2..uwaaa!!
5. erk..saya amat takut bila tengok cite hantu@seram kat wayang..tapi,rasanya bile tengok kat tv@laptop pon takut gak.kesimpulannya,saya takut tengok cite hantu@seram!
6. ditinggalkan (copy fara-D lagik...huahua~)
7. kehilangan sleeping partner saya which is Embu da Bucuk.can't sleep without my Embu..=P


7 Songs for the meantime
1. Menjaga Hati - Yovie & Nuno
2. With You - Chris Brown
3. Sway - The Perishers
4. Chantek - Altimet feat Adeep Fabulous Cats
5. I'll Get You - The Beatles (dulu,kini dan selamanya lagu favorite saya~)
6. If I Fell - The Beatles
7. Take A Bow - Rihanna


7 phrases which HidayahSham always said
1. eh?
2. ale~
3. dem..huhuhu~
4. cet!
5. asal?
6. weh...(ayat seterusnya ape2 ayat yang berkaitan)
7. siot aa!


7 valuables things for HidayahSham
1. Embu da Bucuk!
2. SLR camera yang manual,bukan digital SLR camera okei!
3. ketul2 logam dan jugek kertas2 yang sah dilakukan di mana2...atau lebih dikenali sebagai DUIT
4. cermin mata...without it,i can't drive!dan jugek menonton wayang~
5. scooter merah yang dibeli dengan duit sendiri (actually bukan duit sendiri tapi scholarship PETRONAS.still,saya tak mintak dari ayah sebarang wang untuk membeli seketul scooter itu.)
6. laptop yang banyak menabur jasa,dan jugek kadang2 melalaikan saya..silap sendiri kot,download series dan jugek movie2..letak dalam laptop..memang aa saya lalai..adey~
7. tabung2 kesayangan saya..Ijo,Cing dan Oyen..doakan saya dapat mengumpul RM500 by the end of this year eh..Amin~


7 first times in HidayahSham
1. first time pakai spec - time darjah 3.dolu2 kan pakai spec frame plastik yang besar tu,rupe saya macam budak skema!!
2. first time kena tahan kat wad - umur 8 tahun sebab doktor cakap saya kena asthma.ingat lagi doktor yang merawat saya,name dia Dr. Anita...=]
3. first time hilang handphone - tahun 2003,time tu saya dekat MRSM tengah amik SPM, paper SEJARAH.hampeh tul sape yang curik handphone saya tuh..cet!
4. first time masuk acara sukan lari 800 meter kat MRSM - time tu form 4.saya tak penah lagi masuk event ni..paling tak diduga,saya jadi juara!
5. first time join trip organized by school - tahun 2001,saya kat SMKTT.saya pegi KL,trip tu under Kadet Remaja Sekolah (KRS)
6. first time pegi TESCO after 11 pm - baru kejap tadi!!sangat best sebab orang tak ramai,boleh bershopping dengan riang hati!
7. first time try hisap rokok...huahua!! - saya umur 5@6 tahun kot.saya jumpe kotak rokok dalam bilik abang saya.saya tanya ayah,apa yang bestnya hisap rokok.ayah suruh saya try..rokok yang saya try tu rokok dunhill.2@3 kali sedut,saya rasa nak batuk yang cam nak keluar paru-paru tuh.terus buang rokok tu.sampai sekarang saya tak suka bau rokok dunhill..amat cakit hidung+dada!!(amaran dari kementerian kesihatan Malaysia : merokok membahayakan kesihatan!!)


7 Lucky Persons [for i pass this tag around :P ]
1. Saza
2. Cik Yun
3. Awie
4. Seila
5. Siti Rox
6. Izzah a.k.a Chikas
7. .....

huaa..saya tak banyak sangat rakan2 blogger ni.so sape2 yang rasa nak ditag,sila la rela2kan diri anda eh.
=]
 
posted by HidayahSham at 1:49 AM | Permalink | 4 comments
Sunday, May 18, 2008
kelambatan kekemaskinian kebloggan..erk!
semalam saya ade banyak benda nak cite...tapi malangnya diri ini sungguh malas untuk menaip.jadinye saya bawak cite yang sepatutnya saya cite semalam ke hari ini.


16 May 2008

hari ni Hari Guru.jadi saya dan rakan2 pon berniat untuk berjumpe guru2 kami kat sekolah lama,SMKTT.saya,deela,zarina dan jugak fizah bersama-sama menuju ke sekolah lama kami,time tu dekat pukul 10 lebih.kami gi satu kete je sebab ramai member2 cancel last minute.

sampai2 jek kat sekolah,kami kene stop dekat main entrance sekolah,then zarina kua dari keta lalu berjumpa pak guard,sebab kitaorg nak parking kat dalam kawasan sekolah.ape kes nak parking kat luar,kami dulu ex-students situ.huahuahua.selamat pak guard lepas kami parking dalam.riso gak kut2 dia tak kasi.

jika dulu kami maseh bergelar student,kami dengan slumbernye masuk kawasan sekolah hanya berbekalkan tag nama sekolah.tapi sekarang,setelah 5 tahun kami menamatkan pengajian kami kat sekolah,kami masuk ke kawasan sekolah dengan menggunakan tag yang tertera perkataan 'PELAWAT'.huaaa,rasa sungguh asing kot pakai tag tu.rasa kami bukan ex-students situ jak.aisshhh..tapi demi guru2 kami,kami redah je aa pakai tag 'PELAWAT' tu lalu menjejaki guru2 kami.

seperti biase,kalo da ade event,mesti la buat dekat dewan.kami pon terus menghala ke dewan,sambil menyelit di antara student2.amboi mak,budak zaman sekarang sume tinggi2 melayut.saya rasa sungguh cikodeng bila lalu sebelah diaorang.ape la diaorang makan sampai boleh jadi tinggi camtu eh..isk2,musykil2.dalam dewan,kami nampak guru2 kesayangan kami tengah duduk kat area depan skali.bila da nampak jek guru2 kami,kami terus masuk dewan tanpa memperdulikan student2 laen.huhuhuhu...kate super senior.miahahaha.

kami terus salam guru2 kami,then sembang2 sat.kami sampai kat dewan,elok2 ja event pon abis.guru2 kami pon mengajak kami sambung bersembang dekat bilik guru.kami sekadar menurut kata2 guru,kunun2nya jadi murid mithali.hak2~sampai jak kat bilik guru,kami terus melepak di meja cikgu kelas saya time form 3 dulu a.k.a cikgu favorite saya.namanya Cikgu Zarina.seingat saya,Cikgu Zarina ajar saya Bahasa Melayu time form 3.saya suka Cikgu Zarina sebab dia sangat2 sempoi dan suke bersembang layan student2 dia yang suke bergosip cam kami.ngehehehehe.bile da berjumpe Cikgu Zarina,soalan wajib yang dia mesti tanye..'Kamu dah ade boyfriend ka belum??'....tu soalan yang Cikgu Zarina mesti tanye setiap kali saya pegi sekolah.huhuhu...saya maseh belajar kot,nak focus study dulu.selaen tanye soalan2 killer,Cikgu Zarina suke jugak kasi nasihat untuk student2 macam kami yang baru nak belajar hidup sebagai orang dewasa.TERIMA KASIH CIKGU!

selain Cikgu Zarina,saya jumpe Puan Shida,Puan Naimah,guru2 time saya form 1,ustazah yang kecil molek tapi saya terlupe name (isk,camne bule lupe??aiyok~) dan jugek guru2 yang laen.rasa macam saya still student sekolah bile jumpe guru2 saya.actually,saya suka zaman persekolahan saya.bagi saya,saya enjoy setiap saat zaman persekolahan saya..sungguh menghiburkan dan tak rasa banyak responsibility cam sekarang.huaaa~

dalam kul 12 lebih kami gerak balik,hantar zarina ke rumahnya,then saya,deela dan jugak fizah gi lunch kat borneo coffee cafe.saya cuke cafe ni sebab time tengahari dapat air free.saya order iced lemon tea.huhuhu..tak ke jimat cam tu.sambil lunch,kitaorang share cite pasal member2 yang tengah study,da nak abis study,baru keje,da keje,dan yang nak bertunang jugek.kejap je masa berlalu kan,rasanya macam baru tahun lepas saya abis SPM.tibe2 dapat cite member saya da nak bertunang.huhuhu...saya tumpang gembira bagi pihak member saya.nantik dapat la merasa makan nasik minyak...hoyeaaahhh!!

kami lepak sampai dalam kul 3 lebih,lepas tu baru la masing2 tau jalan nak balik rumah.huahuahua.bile da sampai rumah,saya layan tengok tv.huhuhu.so takdak la menda menarik jadi.

dalam pukul 6,saya tergerak hati nak buat dadih.beberapa hari sebelumnya saya ada beli dadih instant,yang powder tuh.beli yang perisa jagung.saya pon pi dapur,siapkan bahan2 yang perlu digunakan untuk membuat dadih.seingat saya,guna air,gula,susu cair dan bahan paling penting ialah serbuk dadih itu sendiri.mula2 saya campurkan air bersama dengan gula dan jugek susu cair.aiyok,part nak tunggu campuran ni mendidih amat la busan dan very time consuming.huhu..dekat 45 minit gak aa baru la campuran ni mendidih.

lepas da mendidih,saya terus tutup api dan campurkan sedikit demi sedikit serbuk dadih.part ni saya suke sebab bila masuk je serbuk dadih,warna campuran tu da bertuka ke warna kekuningan.sambil masukkan serbuk dadih,saya kene gaul campuran ni.gaul punye gaul,sampai la agak2 campuran tu da sebati,saya pon mula susun bekas untuk nak isi campuran dadih tadi.mama ade cup2 kecik,saya pon borrow aa dari mama.tapi tak cukup la pulak cup2 tu sebab bancuhan dadih tu agak banyak.saya pon sebat je tupperware kecik 2 ketul,masukkan bancuhan dadih dalam tupperware2.ye,dekat pukul 7 lebih baru settle keje membuat dadih.
lepas Isya',ayah test rasa dadih.ayah cakap rasa cam puding jak,bukan dadih.huhuhuhu,saya sengih jak.tapi ayah cakap ok la,dari tak penah buat langsung.saya sungguh berpuas hati dengan dadih yang saya da berjaya hasilkan.lepas ni nak try buat flavor laen pulak....=)

huaa...rasa amat mengantuk sebab hari ni buat banyak keja.nak babum da.
tratata.




 
posted by HidayahSham at 12:05 AM | Permalink | 2 comments
Thursday, May 15, 2008
kenangan lalu mengusik kalbu..huahuahua~
yeyeh..saya suda berada di rumah terchenta.tengahari tadi gerak balik tepeng.sungguh riang rasa di hati bila da berada di rumah.sangat tenang di samping makanan yang lazat dan enak2 belaka.huhuhu.tu yang paling best bile balik rumah.lunch mama buat ayam bakar+air asam.memang makan tak hengat dunia aa saya.dinner lak ayah buat burger,saya cuke!takde burger yang bole lawan burger yang ayah saya buat.huhuhuhu~


berbalik cite pasal cite saya sewaktu nak pulang ke rumah.saya drive dari UTP,masuk highway.huh,saya buat lawak time kat plaza tol nak masuk highway.time tu nak amik ticket aa sebab touch and go da abis credit,malas nak topup (padan muke...sape suh malas topup,kan da malu!).saya masuk tol jelapang.saya da bawak slow da bile nak dekat dengan plaza tol,tapi saya tak perasan yang saya tak turun gear.so bile da amik tiket,saya pon nak gerak masuk highway.tapi malangnya,dekat plaza tol tu jugak la enjin kete nak mati.sumenye gara2 saya tak tukar gear.check2 tengok,saya gune gear 3.patut le enjin mati.elok pulak kat plaza tol tu ade sorang mamat tu tegur saya bile enjin kete mati..die tegur kunun nak perli saya aa.what da hell,as if saya kesah je dia perli saya.walopon saya mengaku terasa malu la jugak,tapi such things happen kan.so buat ape nak perli2 orang laen.huh..i hate that kind of guy yang suka nak perli orang2 camtu,especially women la.menci..menci!


isk2,tibe2 emo pulak.tuka topic aa camni.tengah saya layan CSI kat AXN channel,tibe2 terdetik hati ni nak kobek balik harta2 peninggalan saya time dekat MRSM dulu.saya pon masuk bilik,amik 2 kotak dengan 2 files lalu saya duk bersila depan TV,kobek la benda2 alah ni.mula2 saya kobek files.bukak2 files,saya jumpe english articles yang student2 MRSMBP kene bace every morning.anyone yang satu MRSM dengan saya,do you still remember the name of that program,yang tiap2 pagi kita kene dengar article tu.sebelum start kelas mesti kene dengar then check article tu.saya lupa aa nama program tu.tapi yang pastinya,saya still simpan some of the articles.huhuhuhu~


then da puas kobek files,saya kobek pulak kotak2.first kotak saya kobek,saya jumpe dedication cards yang member2+adik2 homeroom kasi.antara member2 yang kasi dedication cards ialah cik Fara-D dan jugek Izzah a.k.a Chikas,Ira,Awoon, di samping adik2 junior (walopon ikutkan diaorang sebaya dengan saya...hakhak~) macam adik homeroom saya, Salwa,Syafa,Hanim,budak2 volleyball si PakCik,Liyana.time kacih kepada mereka yang sudi kasi dedication kat saya.huhuhuhu.ada jugak saya simpan surat2 dari senior2 yang rapat dengan saya.tapi yang tak bestnya,saya da lost contact dengan senior2.tatau camne nak contact diaorang balik.sedih sat...isk2~


selaen daripada tu,saya jugek jumpe nametag saya time sekolah rendah sampai la masuk MRSM.saya ada 3 nametag, 1 time sekolah rendah.time tu saya jadi penolong ketua pengawas,so kat nametag tu ade la title jawatan saya.hahaha,gila riak sat dengan jawatan saya dulu2.tapi bila da masuk sekolah menengah,saya low profile.tak pegang ape2 jawatan,kecuali time form 3 tiba-tiba saya kena jadi penolong ketua kelas.huishh,time tu takut wooo,sebab cikgu kelas saya,Puan Zarina cam agak garang aa.tapi naseb aa time saya jadi penolong ketua kelas,dia cam ok je dengan saya.miahahahaha.so kat SMKTT saya ada satu gak nametag,kaler grey.bila masuk MRSM,saya dapat satu lagi nametag.kat nametag tu ada nama dan jugak nombor maktab saya.nombor maktab saya 2002-243.


di samping nametag, saya jumpe gambar2 time dekat MRSM dan jugak kat SMKTT.tapi sayangnya gambar2 tu tak banyak sangat.ada gambar volleyball team,classmates time form 4 dan jugak form 5,gambar kat dorm,time takdak air (Aida,aku ada gambar ko!!!!huahuahuahua~).then jumpe birthday cards yang angah,ayah+mama,along,senior2 hantar.huaa...banyak rupenye benda2 yang saya simpan time kat SMKTT dengan MRSM.



sebenarnya,tujuan saya mengkobek kotak2 dan jugak files sebab saya nak cari balik buku akaun BSN saya yang hilang tah ke mana.dulu kat time stay kat MRSM,students kena ada akaun BSN.tapi sepanjang 2 tahun saya dekat MRSM,tak penah sekali pon saya gune buku akaun saya sebab bole kata tiap2 2 minggu je mama+ayah datang tengok saya dan jugak bagi duit.so takyah gune buku akaun untuk kuarkan duit dari bank.tu pasal la saya cam endah tak ndah jek pasal buku bank saya.tapi sekarang baru teringat sebab rasanya nak tutup akaun tuh.

bila tengok balik gambar2 zaman sekolah dulu,terasa banyak sangat perbezaan yang saya tengok especially member2 saya aa.saya rasa saya still cam dulu je,tak banyak berubah.huhuhuhu.tapi tengok member2,masing2 da makin ayu,ye la kan da umur 22 tahun.kalo tak ayu karang orang cakap tak pandai nak bergaya.cuma saya je tak terbukak hati lagi nak menjadi ayu dan lebih girly macam member2 saya.saya still suka pakai jeans and shirts.handbag sekali sekala aa pakai,tu pon kalo ade event.high heels at the moment is NO.baju kurung pon semester ni bole kira berapa kali saya pakai,yang pastinya tak lebih dari 5 kali.saya rasa cam...tak bersedia lagi kot untuk berubah.biar la orang nak kata ape,asalkan saya selesa dengan diri saya.maybe saya akan berubah,tapi bukan sekarang.bila da keje nanti kot,baru saya berubah.


esok ingat nak gi jalan-jalan kat lake garden time pagi.tu pun if saya terbangun pagi awal aa.kat sini cejuk aa..tak mampu nak bangun. huhuhuhu.saya nak titon dulu.saya nak cuba bangun awal esok pagi....miahahahaha~


p/s: indahnya kenangan lalu yang membuat saya rasa macam nak sangat kembali ke waktu dulu.....=)
 
posted by HidayahSham at 12:52 AM | Permalink | 6 comments
Wednesday, May 14, 2008
hijau menenangkan...hitam itu menawan
hua..dekat sebulan lebih saya tak update blog.bukan taknak update,tapi masa tak mengizinkan saya berbuat sebegitu.hidup sebagai final year student tidak seindah yang disangka-sangkakan.bila da masuk final year,keinginan belajar kadang2 makin berkurang.taktau kenapa.mungkin sebab beban belajar yang meningkat,terutama sekali FYP.saya berusaha untuk tidak tertekan dengan FYP,tapi usaha saya sia-sia semata.FYP ni,bila ada mood,baru best buat.bila takdak mood,terasa sungguh sakit untuk menyiapkannye.

taknak cite pasal FYP sebab next semester FYP 2 menanti saya.nak tak nak,kena redah je la.actually,saya baru plan nak update blog lepas habis final exams.ya rakan-rakan yang sudi membaca blog saya,sekarang saya sedang menduduki peperiksaan akhir yang baru je start hari isnin lepas.baru lepas 2 paper.tinggal lagi 3 paper.paper yang saya amik untuk semester ini adalah:


  • knowledge management & development (KMD),
  • strategic management (SM),
  • data mining & knowledge discovery (DM) ,
  • international business (IB),
  • advanced database systems (ADS)

hari isnin lepas paper KMD, rasanya ok kot.huhuhu..takleh nak comment lebih2.tapi Alhamdulillah,saya dapat jawab.petang tadi,paper SM.huaa....paper ni menyebabkan saya sangat2 bercelaru sebab takda gap between paper KMD dengan paper SM.so ape yang saya baca macam bercampur-baur.agak stress jugak aa time study.tapi syukur,saya boleh la jawab.results ok ke..tak ok ke, itu belakang cerita.janji 2 paper da lepas...ngehehehehe.

esok pagi,saya nak balik rumah saya di taiping bandar warisan terchenta.da lama rasanye tak balik rumah,dekat 3 minggu kot.rindu sangat suasana kat rumah,especially mama+ayah,syira budak ucuk...huhu.tak dilupakan segala jenis binatang peliharaan kat rumah...kucing2,ikan2,ayam2,burung2..huh,ape lagi yang saya tak sebut.biasa la kot,duduk kat area kampung.banyak la binatang peliharaan kat rumah tu.tapi saya suka binatang2 kecuali ade a few yang saya memang takut+geli.salah satunya adalah ular.saya tak suka ular.saya takkan berani pegang ular.if saya pegang,saya rasa saya mesti pengsan.erk...tanak pengsan.=\

ikut hati nak coret macam2 lagi,tapi saya amat mengantuk.takpe2,esok balik rumah boleh update lagi kan.huhuhu,nak babum da.

owh,lupa pulak.hari ni birthday sorang member saya yang sempoi, namanye Abdullah Haziq atau lebih mesra dengan gelaran Pakla.sempena hari jadi beliau,saya dan rakan-rakan belanja birthday-boy makan kat kedai.kami makan agak banyak kot...huhuhu.

seingat saya, yang kami order time makan tadik:

  • 2 ekor ikan 3 rasa,
  • sayur kailan masak ikan masin,
  • tom yam campur tapi taknak udang (requested by miss saza),
  • telur dadar

lepas makan...peyut masing2 amat boyot.huahuahua..takpe2,sekali sekala makan besar dengan rakan2.lepas ni tatau sempat lagi ke tak lepak macam ni dengan diaorang.

uisshhh...saya perlu berenti sekarang jugek.it's babum time!!
tratata everyone~


 
posted by HidayahSham at 2:35 AM | Permalink | 4 comments