Sunday, June 28, 2009
Filem & Pelakon
Ini adalah King Julien (Madagascar 1 & 2) .




Adakah korang tau King Julien adalah...




Sacha Baron Cohen yang memegang watak sebagai...




Bruno, seorang gay dalam movie terbaru bertajuk 'Bruno'.





ni synopsis movie 'Bruno' dipetik dari Yahoo! Summer Movie Guide.


'The story is what exactly what you'd expect when Sacha Baron Cohen is on the loose. Unfortunate Americans get caught with their pants down (and sometimes with Cohen's pants down) repeatedly and mercilessly as Cohen travels across the country posing as Bruno, a flamboyantly gay Austrian model on a quest to find himself. Along the way he sickens homophobes, embarrasses celebrities, and names his adopted black baby "O.J." '


rasanye movie ni tak lepas masuk malaysia kot, berdasarkan jalan ceritanye.huhuhu.tapi 1 benda yang pasti, if nak jadi pelakon, kena bawak macam2 watak, berlainan karakter.saya rasa saya tak mampu lah. susah tuh.

 
posted by HidayahSham at 11:17 PM | Permalink | 4 comments
Friday, June 19, 2009
untuk seketika
semua benda yang jadi,ada sebab dan hikmahnya.
mungkin bila 1 benda jadi,baru kita akan sedar tentang kesilapan yang kita buat.
dari kesilapan,kita belajar.

dunia ni macam sekolah yang sangat besar.
kita sebagai murid.
pengalaman menjadi guru.

bila kita tengok orang lain dapat apa yang kita nak.
terdetik dalam hati,'kenapa nasib aku tak sebaik macam orang lain?'
perlahan-lahan timbul rasa cemburu.
tapi,pernah kita terfikir pasal orang lain yang tak dapat apa yang kita ada?
mungkin pernah,mungkin tak.
 
posted by HidayahSham at 11:01 PM | Permalink | 5 comments
Monday, May 18, 2009
home sweet home~
saya suda pulang ke bandar paling banyak hujan.

sepanjang perjalanan dari sg. buloh ke taiping,saya tido saje.hahahaha.air-cond tren yang sejok menggalakkan lagi aktiviti membuat najis mata.:P

saya akan menyebokkan diri pada minggu ini dan minggu hadapan.to-do-list saya:

1. gi ipoh..de keje kene settle.
2.gi utp,sambung buat clearance + other stuffs.
3.interview.

erk,cam sikit je benda nak kene buat.tapi tah,rase macam akan pack je 2 minggu akan datang.

aaa,sangat teruja nak tengok angels & demons.kene ajar aimi gi tengok neh.huhuhuhu~

tengkuk dah saket.masa untuk stop.*yawn*

selamat malam!
 
posted by HidayahSham at 12:08 AM | Permalink | 0 comments
Saturday, May 16, 2009
update for the weekend~
/me is staying at her brother's crib for the weekend.

alkisahnya, saya datang ke KL kerana mau menghadiri Karnival Keusahawan + Kerjaya Graduan 2009 di PWTC.

saya naek train dr tepeng bandar warisan pada hari kamis pagi tepat pukul 9,saya menghabiskan 5 jam perjalanan dengan bertukar-tukar seat dari satu coach ke satu coach yang laen sebab terlampau banyak seat kosong.owh, rase mcm train tu saya yg punye sorang sebab boleh duduk di mana2 saje saya suke.hahahahaha!!

pukul 2 petang,saya sampai di KL Sentral.tunggu along mem"pick up" saya,lalu terus ke tangling utk sesi lunch.dalam train food agak mahal,so saya takde nafsu nak beli.saya cume beli secawan milo panas berharge rm2.50.mahal bukan?ke standard biase??bagi saya,mahal.full stop.
petang pule,saya berdating dengan Mr. Umar. die sgt chomel okeh.tak caye??tengok gamba die kat bawah.die da berat,jenuh nak pegang die.ish ish.baby sitter die kasi mkn ape la sampai maken berat neh.

umar atas katil.muke lega dpt baring.



umar dengan tok wan.like grandfather,like grandson.rambut same pendek!


malam,sambung dating dengan Mr. Umar.kami bergolek2 di depan tv.Umar skrg da jadi tukang mop lantai umah.da extra berkilat lantai umah die mop.mane taknye,hari2 die mengesot satu umah,sampai mama die takyah susah2 nak mop lantai.anak yang baek.bagus2.

pagi Jumaat,saya maseh mengantuk sebab layan Umar maen.along suh siap2,die nk anta gi PWTC.tak suke tak suke.tapi kena siap jugak.after anta kak zura,saya dan along tros gi tangling,pekena mee kicap style cina.sgt sedap!!!sup die,mcm unik sikit.erm,rase mcm sup taruk santan seskit.so ade rase lemak2 manis.menarik2.

around 10am, along drop saya di PWTC.saya terjumpe member se-MRSM, cik ira.tak sangke dapat jumpe die.kami pon gerak sesama gi karnival tuh.cet2,ingatkan datang awal,orang tak ramai.meleset sangkaanku.orang da bersepah tunggu depan main entrance.kene beratur lagik.huh,seb baek baru lepas breakfast.mood pon agak baek.kalo tak,mau mulut bebel sorang2.

once da masuk, aaa...mcm hilang arah tujuan untuk sementara waktu sebab banyak sangat booth.hahahahaha.gile tul.time neh da berpisah da dengan ira.saya pon jalan2 cari pasal je dulu.tak gi mane2 booth.saya terlalu depan booth UTP,skali staf yang jaga booth tu saya kenal.make bersembang-sembanglah kami sebentar sebelum saya meneruskan mission saya tak berapa clear pada mulanye.

then awie pule datang.make berkepitlah kami berdua,duk singgah dr 1 booth ke booth yang laen.saya dengan awie kene interview on the spot.dem,sgt tak prepare kot.1st question,otak cam blank.saba je.tapi lepas tu,baru la dapat mood untuk diinterview.berdebar hati okeh.

dalam pukul 1,kami bergerak ke sungei wang pule.mau berjumpe my ex-rumet yang maken kurus,saza.lepak kat mekdi untuk lunch sambil bergosip girl,dalam pukul 3 kami berpecah.

haish,sangat letih hari ni.tapi rase mcm ade mood nk mengupdate blog.huhuhu.okeh,nak sambung tengok AFC channel.ciao~

p/s:sambil update blog,saya usha vid neh.cam chomel la.huhu.check it out.XD

Bowl of Berry - Ilham Mimpi Petangku
 
posted by HidayahSham at 12:26 AM | Permalink | 2 comments
Thursday, April 23, 2009
b.e.n.c.i.n.t.a
saya sedang layan lagu Bencinta by Faizal Tahir. first time dengar, da suke.hahaha.lirik pon nais aje.XD

Benarkan ku 'tuk ber bicara
Bicara terus ke hatimu
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengarku

Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatlah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihatmu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Aku benci padamu,
Aku cinta padamu

Ke tepi lihatku berlalu
Pasti itu yang terbaik... untukku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatlah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihatmu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kataku
Aku cinta padamu
Aku benci padamu,
Aku cinta padamu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintaimu


Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintaimu

Ku benci
Ku cinta
Kamu

Credit to Monkey Bone's site.

 
posted by HidayahSham at 11:14 PM | Permalink | 3 comments